Friday, October 31, 2008

minah control center

3.30 pm dah ni.Keje byk,tp otak ni dah letih memikir.So,Irda stop jab,n sambung wat catatan ringkas kat blog ni.Sambil dok wat blog ni,budak control center asyik dok "BUZZ" kat YM.Sapa lagi klu bukan cik puan aini (oppss..sori terpanggil puan la plak).hehehe..Tp mmg ko dah puan kan.hahahaha...Dulu je ko pegang status ni,skrang idak dah. (so sesapa yg ingin berkenalan ngan member irda ni,sila isi borang dulu yek...kuang..kuang...) amacam aini,aku dok promote ko ni!!!

Uols nak tau,acctually,dulu aini n irda bukannya kamceng sgt pun.Yer ler,dia branch kat KL,Irda in Penang.Klu Control Center nak something,diaorg akan direct go to my dept.So,budak Control Center ni mmg susah skit nak communicate ngan irda.Sbb diaorg cakap,Irda ni garang (dear,tul ker owg garang...sob..sob..sob..) . Sampaikan si minah ni,klu bercakap ngan Irda pun bersopan santun.Ayat dok teratur jer...(cam control la plak bercakap,nyampah aku). Lama-lama,si minah ni dok skype n call,tup2 jd rapat.Sampaikan budak control center lain pelik,camne si minah ni leh rapat giler ngan irda.Klu ada apa2 urgent,sure diaorg suruh si minah ni talk direct ngan irda.Konon senang la urusan keje tu (no..no..no..klu korang silap,ambuse ttp ambuse...tak kira la kwn ke apa ker)..Si minah ni selalu ckp,"well,siapa tak kenal misz irda!!!!

But till now,i'm ok wt her.walaupun mulut si minah ni LASER tahap gila.Coz she the person yg betul2 not hipokrit (uikss...pesal plak aku puji minah ni)...but i mean it ya!!!!



inilah wajah si minah control center (cik puan aini)
(uikss....siap ada gigi siung babe!!!)



p/s :sesiapa yg nak berkenalan ngan si minah ni,pls drop msg ya!!!!
(wei minah,aku dah promote ko ni,apa lagi bayar la!!!!)







story ari ni

Erm..what's story ya today!!huhuhu...
Oh ya!yesterday night,my dear ada dinner wt his supplier.Sib baik supplier tu lelaki...hehehehe.. But it doesnt matter either supplier tu guy or gurl.Janji not more than friend kan dear?? uikss,cam jeles jer bunyi tu...hahahaha

Mlm td,last episod for drama "kasihku seru".But ending dia tergantung laa..huhuhu..tak suka la!(menci..menci..) tu la citer melayu,suka buat citer tergantung.But according to maeyie,maybe ada "kasihku seru part 2"...ya,i hope too.Sib baik my dear ada dinner,so he wont msg me.If not,sure Irda tak layan msg dia (wah..wah..pentingkan tv dr hubby la plak).

My dear blk umah kul around 11.32 pm.Berborak ngan supplier sampai lupa bini la plak (ni wat konpius ni,supplier tu laki ke pompuan).But still ok la tu,tak salah my dear gak,takkan dia nak blah kot,sedangkan yang lain2 still borak2....Tul tak?

Well,uols tau tak,mlm td Irda ada ask some question kat my dear.Lebih kurang camni la dialognya:

Irda: Dear,may ask u something
My Dear : Yup,anything?
Irda : Did u think that i'm smart gurl??
My Dear : Yup,of course u a smart gurl..y?
Irda : Nothing,just asking.but i'm sure that i'm not enough smart la...
My Dear : Peduli le apa org lain nak ckp. 4 me u r the greatest gurl in the world...

So,Irda happy sgt coz di matanya i'm a greatest gurl.Irda dah tak peduli apa org nak kata.Yg penting irda dah menjadi smart & great gurl for my hubby.Thanks dear coz describe irda mcm tu (uikss,mcm menang anugerah plak,poyo la plak..hehehe). Ala,ok per,skali skala puji diri sendiri...hehehehe

14 days to go..hehehehe (hanya irda n my dear je tahu maksudnya).Hahahahaha......

Muuahhhh
cyg kamu

Thursday, October 30, 2008

Domino's pizza

Tgh hari tadi,Irda rasa malas sgt nak kuar makan.My Dear dr pagi dok remind irda makan.Tp Irda cam takde mood nak makan sgt.Semalam,Irda tak berapa nak sihat.Kepala ni rasa pening sgt.(biasalah,mana tak pening klu org lain asyik push the ball kat kita kan).Tak nak la citer,nnt ada org tersinggung plak....But ppl selalu cakap ,"best women win"..... (only my dear je tau this issue) .

So,mlm tadi,Irda dah g klinik,amik ubat.Doc cakap Irda stress sgt....doc nak bagi ubat penenang..gilos per doc ni.Apa dia igt irda dah tahap kritikal ker??? (dlm hati le irda ckp).Irda amik jer le,ubat lain irda makan,tp ubat penenang takmo arrr!!!!!

Malam td,my dear bz skit.Dia ada futsal game kul 10 mlm.So,irda pun malas nak kacau dia.Yer ler,org tgh bersemangat nak bersukan kan...hehehehehe
(ampun dear,owg kutuk skit jer..lalalala!!!)

So,apalagi Irda pun masuk ler tido,tp tak leh nak tido la..Ishh!!payah-payah..takkan ler irda nak kena makan ubat penenang kot!!uwaa...takmo la mkn ubat tu....Acctually,Irda rasa cam missing something la..seperti ada yang tak kena....puas guling kiri kanan (ala2 hindustan la kot.hehehe),tp mata ni takmo pejam la...OMG,my dear tak msg seperti selalu laa..no wonder i cant sleep.

FYI,selalunya my dear akan msg2 ngan irda,smpi irda terlena sendiri tau..
(ala-ala kena dodoi la,br leh lelap) .Ciankan kat my dear..Huhuhuhu!!!So,irda tau ler,pesal irda tak leh tido..tp that time dia main futsal (tu ler irda,td poyo sgt ckp pas makan ubat terus nak tido,skrang padan muka aku..huhuhuhu!!!!) Tetiba,my dear msg..uikss....cam tau2 jer dia yek!!!hehehehe!!!!apa lagi bermsg ler,smpi irda terlena sendiri .. (wah..wah..senang plak nak lena)..

So,today disebabkan tak bekpes,Irda n my staff plan nak makan pizza...Apalagi kitaorg surf le tenet n my staff suggest to try DOMINO'S PIZZA.Sedap gak pizza ni!!!Murah juga...I think better than pizza hut!!!

inilah lunch set irda n micko

Today,i need to go back early..Coz y??hehehehe..mlm ni last episod for drama "kasihku seru".
So,dear,ampun ya klu owg lambat reply ur msg...hehehehe!!!!

uikss...title DOMINOS PIZZA,tp story pasal pizza skit jer!!! Ni wat konpius...
apa2 jer ler...janji layan...............

muuaahhh...
luv u dear






Ayat-Ayat Cinta sebuah novel pembangun jiwa




Penulis : Habiburrahman El Shirazy, penulis muda lulusan Sarjana Al-Azhar
Harga : RM 22.90
Pemenang Pena Award Novel Terpuji Nasional 2005 (Indonesia)
Pemenang Anugerah Penghargaan The Most Favourite Book 2005

Pertama kali berkenalan dengannya adalah melalui penulisan Dayah. Namun begitu, Irda fikir Ayat-ayat Cinta adalah novel biasa yang mengutarakan konflik-konflik jiwa dunia percintaan antara teruna dan dara. Irda sememangnya sudah lama meninggalkan novel-novel berunsur cinta kerana bagi Irda persoalan dan konflik yang ditimbulkan dari satu novel ke novel yang lain lebih kurang sama sahaja tiada banyak bezanya. Hasrat Irda untuk mencari Ayat-Ayat Cinta di kedai buku Irda batalkan. Kemudian Irda membaca ringkasan dr kawan Irda mengenai cerita dan novel ini.Kemudian, Irda ada menerima email dari kawan-kawan sepejabat di KL yang turut menceritakan perihal novel yang sama. Dalam hati Irda..tidak boleh jadi, Irda mesti cari untuk mengetahui keunikkannya. Masa senggang Irda Irda habiskan dengan projek khas bersama bonda menonton filem dan membaca novelnya "Ayat-ayat Cinta".

Ayat-ayat Cinta sebuah kisah cinta yang unik yang diungkai penuh Islamik. Ia tidak terikat dengan kisah cinta teruna dan dara sahaja. Ia lebih bersifat universal meliputi cinta hamba kepada Penciptanya dan Rasulnya, cinta persaudaraan sesama Muslim dan cinta kepada budaya bangsa. Selain dari itu ia merungkai sifat-sifat Rasulullah yang perlu ada dalam jiwa seorang Muslim ketika menghadapi ujian-ujian Allah. Ia juga dilengkapkan dengan petikan ayat-ayat suci Al-Quran, Al-Hadith, sajak-sajak motivasi diri dan diserikan lagi dengan ilmu-ilmu dunia seperti dunia perubatan, perundangan dan psikologi yang menjadikan Ayat-ayat Cinta amat berkesan bagi yang menghayatinya.

Ringkasnya ia sebuah kisah penuh simbolik antara 3 watak utama yang berlatar belakangkan suasana kehidupan di Cairo. Fahri, graduan Al-Azhar berpekerti mulia berasal dari desa terpencil di Indonesia. Aisha seorang muslimah berdarah campuran Turki dan Palestin dan membesar di Jerman. Maria seorang penganut setia Kristian koptik tetapi banyak mengamalkan budaya Islam dalam hidupnya serta menghafal Surah Maryam dengan baik.

Siapa yang berminat, bolehlah beli. Mau pinjam?. Jangan haraplah. Kalau nak juga.. sewa bolehlah hehe.

"...ternyata ia sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan," A. Samad Said.

=============================================================

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi…
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua...kan baik baik saja

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah…
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

- Ahmad Dhani Dewa -








Wednesday, October 29, 2008

Aku Wanita Yang Sedang Jatuh Cinta

Aku wanita Lahir disaksikan langit
Tumbuh diiringi alam
Hidup bersanding takdir
Aku sedang jatuh cinta…

Aku wanita Seulas senyum menghiasi wajahku
Semburat pandang berasal dari bola mataku
Gontaian kakiku pasti melangkah
Ayunan tanganku pasti berkarya
Gerak tubuhku pasti dinamis
Khayalku adalah keindahanP
Fikirku adalah optimis
Mekarlah bunga-bunga di taman hatiku
Dikelilingi kupu-kupu warna-warni
Aku sedang jatuh cinta…

Aku wanita Cahaya diatas cahaya berlapis-lapis menghampiriku
Akar menghujam ke dalam bumi, berbatang menjulang ke langit,
berdaun rimbun meneduhan, berbuah segar menyenangkan
Aku sedang jatuh cinta…

Aku wanita
Gerak kebaikkan adalah hidupku
Semangat kesungguhan adalah nafasku
Redha Sang Pencipta adalah impianku
Menatap Raja Di Raja adalah puncak kenikmatanku
Aku sedang jatuh cinta…

Aku wanita
Bak lampu kristal nan indah
Menerangi, menawan, tapi mudah hancur
Hancur tanpa gerak kebaikkan
Hancur tanpa semangat kesungguhan
Hancur tanpa redha Sang Pencipta
Hancur tanpa kesempatan menatap Raja Di Raja
Aku sedang jatuh cinta…

Aku wanita
Kan ku pelihara cinta suciku
Kan ku jaga kerinduanku
Kan ku capai cita tertinggiku
Menjadi pengadi Illahi Rabbi Slamanya
Aku sedang jatuh cinta…


Aku adalah seorang wanita Yang benar-benar sedang jatuh cinta……..


XOXO
cyg kamu


Free 'SINAR HARIAN"

Good days!hehehe..dah 2 ari,Irda jumpa my lovely bestie kat dalam feri.Bukan apa windu sgt kat minah sabahan nie!!2 years Irda ngan dia kat GPS,but rezeki dia akhirnya berubah kat Batu Maung..Nun jauh di hujung pulau.Tapi we still keep in touch.Cuma tak leh nak bas sesama,naik feri sesama,balik sesama n gosip2 sesama.Klu terjumpa pun secara kebetulan jer..huhuhuhu(babe,miss our old time lerr)..Tapi kalau dah terjumpa kat feri,ibarat feri tu 'ana yang punya'...tak peduli orang kiri kanan dah,bergosip2 dari A to Z..siap ada sambungan keesokan harinya..
hahahaha.....

inilah wajah si maeyie......(rakan gosip sy)
(ampun bah,aku amik pic kamu! lalalala!!!)

Dis morning,kat jeti Penang,ada orang dok edarkan Paper Sinar Harian.Hehehe,dr jauh dah nampak dia dok edar,pastu,tiba kat kitaorg,org tu dok tunduk2 nak amik another lagi.Si maeyie n Irda tak kira,tggu juga n minta that paper.Leg gak wat baca2 dalam bas.Kata maeyie leh bukak minda skit.....hehehehe...Cuba tgk title kat paper ni ....

'mulai hari ni warga pulau pinang, kedah dan perlis ada surat khabar sendiri'...

Uikss...bangga babe!jadi org Penang...Kami ada paper sendiri noo!!!hehehehe...



orang utara habaq baiikkk....
(maeyie suruh balas blk pertanyaan tu..hehehe)




Free untuk 3 ari jerr..test market la kot
(maeyie,esok kita p kutip lagi yek???)

Hehehe...uikss..macam-macam cerita ada..Ada sampai nama tempat & kampung yang yang cheq tak tau,rupa-rupanya wujud...huhuhu..daifnya cheq ni noo!!takpe,at least, pas ni,tau la gak kewujudan kampung2 sedemikian.....

Apa-apa pun,cheq bangga jadi orang Penang...Tp My Dear org Ganu Ni..guanne eh??
Hahahaha...Takpe,biar apa pun loghat kita,yang penting I Luv u...hehehhe




Tuesday, October 28, 2008

about love again...

Matamu, sinarnya menyinari hati
Senyumanmu, manisnya memukau kalbu
Bicaramu lembutnya mendamaikan
Lalu aku pun hilang dalam keindahan itu bersama rindu

Persoalan cinta memang tidak akan ada habisnya. Selagi manusia wujud selagi itulah cinta menjadi isu yang menarik untuk dibicarakan. Bukan setakat dibicarakan malah untuk dialami dan dinikmati.




Sayangnya cinta tidak selalu dapat dinikmati. Ia datang bersama bahagia tetapi juga kadang-kadang bersama derita. Dek kerana itu, cinta sentiasa menarik untuk diperkatakan. Tatkala ia dalam keadaan yang menarik ia seronok untuk diceritakan, tatkala ia dalam keadaan mendukacitakan ia juga patut diceritakan. Malah cinta tatkala mengheret, ia sentiasa seronok untuk diperkatakan, oleh yang melihat apatah lagi yang sedang mengalami.

Seorang kawan Irda tidak akan lekang menceritakan kisah cintanya sewaktu remaja kepada irda setiap kali bertemu. Nyata dia sangat sayang bekas teman wanitanya itu, kini isteri orang, kebetulan orang itu ialah kawannya sendiri. Bekerja pula di bawah satu pejabat dan tidak dapat mengelak daripada bertembung. Hampir setiap hari terpaksa bertemu, kadang-kadang urusan rasmi kadang-kadang tidak rasmi. Bayangkan betapa pedih dan sakitnya. Ingin sekali Irda ungkapi isyarat jiwa dengan sempurna. Betullah kata orang, cinta yang pertama adalah yang paling bermakna. Bagaimanapun pengganti yang datang silih berganti yang pertama tetap di hati. Payah sungguh untuk memadamkan namanya, wajahnya, suaranya. Hampir setiap ketika seperti terdengar gelak tawanya, gurau sendanya. Kenangan begitu kekal dalam ingatan dan selalu timbul dalam saat-saat tidak terduga. Hampir semua orang ada pengalaman cinta pertama dan hampir semua orang ada pengalaman gagal dalam percintaan.

Kenangan, hanyalah satu arca. Yang kabur dan tersisih. Bila impian tak tersurat. Bila rindu bertebaran. Dan bila luka kian melarat. Apa lagi yang tertinggal. Cuma sebuah pengalaman. Paling memilukan. Amat meyakitkan .Kegagalan dalam cinta pertama jauh lebih sakit daripada cinta-cinta selepasnya. Maka itu, usah terlalu mudah untuk jatuh cinta buat kali pertama, sebab yang pertama ini biasanya lebih menghiris sekiranya gagal.

Hargai cinta anda, mahalkan sedikit harganya, agar apabila anda merelakan ia dibeli oleh seseorang dia amat-amat menghargainya




Irda sayang Dear So much.....Thanks for everything ya!!!!

BE POSITIVE

If anyone talks to me badly I will stay away and try to be calm

If anyone tells me the truth I will accept and do not ever regret

If anyone hurts my heart I will stay calm and pray

If anyone gives me hope I will hold and do not keep it at bay

If anyone looks down on me I will take it easy and strengthen my heart

If anyone loses their temper I will take a deep breath and be quite

And

if anyone needs my help I will lend my hand and do the best I care for everyone's feeling and desire.











Monday, October 27, 2008

Mencintai Mekah,Merindui Madinah

Nukilan Ini Hasil Pengalaman Saya Ketika Mengerjakan Umrah Suatu Ketika .
SubahanaAllah..Maha suci Allah..
Irda telah diberi kesempatan oleh Allah utk mengerjakan UMRAH pada MAY yang lepas..Irda pergi bersama famili Irda.Di sana, dirasakan diri ini terlalu kerdil dalam bersama-sama beribu lagi jemaah..MasyaAllah..hati ini telalu rindu untuk menjadi tetamuMu lagi..ziarah ke Baitullah,Masjid Nabawi,masjid-masjid di sekitar madinah,bukit jabal rahamah,hudaibiah, bukit thur,bukit nur, maqam para syuhadah,laut merah dan pelbagai lagi tempat yang diziarahi yang pasti akan memberi kesan yang mendalam dalam jiwa sebagai seorang islam.Semoga Irda diberi banyak kali lagi peluang untuk ke sana..
"Ya Allah, hanya kau sahaja yang mengetahui betapa aku teramat rindu untuk menjadi tetamuMu, Ya Allah.Berikan aku banyak kali lagi kesempatan ke sana,Ya Allah..."
Amin...



Ku tanam cinta hakiki
Tumbuh subur dalam diri
Sejak ku jejakkan kaki
Ku atur langkah di bumi suci
Saat terpandang Kaabah
Syahdu tersergam megah
Sebak bagai dipegang hati
sukar dimengerti.....
Tegak di saf Masjidil haram
Solat antara jutaan insan
lemas di banjiran airmata
menyesali segala dosa
Alpa hari semalam



Ku semai rindu bercambah
Kembang mekar saban waktu
Saat ku hirup bayu Madinah
Kota kecintaan Rasulullah
Berdiri memandang Nabawi
Megah dan sayu bercampur-baur
Tenang saujana mata memandang
Damai bertamu di dasar kalbu
Duduk bersimpuh di sempit Raudah
Dalam rebutan insan berpusu
Menghayati dan menginsafi sirah
Makin kuat kasih padamu
makin ku kenal erti rindu.




Dear,Hope one day we can go together ya!!!

Friday, October 24, 2008

Dia Hadir Dalam Hidupku...Alangkah Bahagianya

DULU Irda pernah mengecapi kebahagiaan, bersama-samanya Irda leka, menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. Walaupun di batasi masa, kami masih dapat mengekalkannya. Sehinggalah, pada suatu hari, di saat hati kami tidak lagi bersatu, bersangka baik dan tolenrasi tidak lagi menjadi pegangan. Hati sakit. Jiwa pedih.
DAN pada saat kekecewaan itu, My Dear hadir dalam hidup Irda. mengetuk pintu hati Irda. membawa seribu pengertian. tidak tergambar riangnya hati ini. Baru Irda sedar, sudah lama Irda tidak merasa kasih sayang dari seorang lelaki. Sepanjang perhubungan ini, belum pernah My Dear sakitkan hati Irda, belum pernah My Dear kecewakan Irda. Cerita-cerita gembira yang My Dear bawakan sentiasa menceriakan hidup Irda. Kata-kata cintanya menjadi peneman Irda sehari-hari. Tidak pula Irda jemu membacanya malah Irda sentiasa dalam kerinduan untuk bertemunya. Dan tidak pula My Dear jemu menjagaku, di kala Irda kesedihan, My Dear,Irda jadikan tempat meluahkan segala pengaduan Irda.
Di kala Irda gembira, Irda tahu dia bersama Irda pada ketika itu walaupun kami berjauhan. Kami berkongsi kegembiraan bersama. My Dear hadiahkan Irda kesetian, kasih sayang dan cinta kepada irda.Irda hargai pemberian itu,Irda harapakan turut sama berada di landasan cinta ini. Walaupun masih lagi dibatasi, namun yg ESA merapatkan jurang itu, sehingga terasa My Dear sentaiasa berada disamping Irda. Namanya menjadi siulanku seharian. Irda tahu dia sering memberi kasih sayang pd Irda, Dia beri kesetiaan pada Irda. Sehinggakan Irda tak mampu menyakiti hatinya kelak. Maafkan Irda wahai kekasih hati jika Irda tak sempurna seperti yang diingini.Insyaallah Irda akan beri yang terbaik dalam hubungan ini. Tidak mampu Irda tandingi kehebatan cinta My Dear. Sungguh. Inilah manis kebahagian yang Irda nantikan. Irda harap My Dear tidak akan meninggalkan Irda. Hanya Irda dan My Dear.



Irda sayang kamu.....
luv u alwayzs.....

cintamu

nota cinta lama
kujadikan lagu
walau tidak seindah
bisik kata yang kau beri
tetap dalam hati
siang malam menanti
tak jemu aku dibuai kerinduan

belum pernah ada getaran sebegini
memang benar aku dilanda
cinta kepadamu

bercahaya hidupku
dalam taman cinta
sehingga segalanya seperti pelangi
kau sambutlah rinduku
jangan lepas lagi
ku pasti setia seteguh kasihmu
buatku.. oooooo

kini ku temui
insan yang ku sayangi
sentiasa di sisi
bagai bintang yang berseri

tetap dalam hati
siang malam menanti
tak jemu aku dibuai kerindan

belum pernah ada getaran sebegini
memang benar aku dilanda
cinta kepadamu

bercahaya hidupku
dalam taman cinta
sehingga segalanya seperti pelangi
kau sambutlah rinduku
jangan lepas lagi
ku pasti setia seteguh kasihmu
buatku..

apa jawapan engkau berikan
tak bisa ku rasa segala rahsia
kau pesona cinta yang membawa
bahagia

bercahaya hidupku
dalam taman cinta
sehingga segalanya seperti pelangi
kau sambutlah rinduku
jangan lepas lagi
ku pasti setia seteguh kasihmu
buatku..


XOXO
luv u dear!!!

Wednesday, October 22, 2008

SAYA TAK MAHU JADI DEWASA

Dulu, Irda nak cepat-cepat jadi dewasa.

Boleh pakai kasut tumit tinggi.

Boleh melaram, mekap-mekap muka.

Boleh cepat kerja, sebab org slalu tanya apa cita-cita

Boleh pegi mana-mana Irda suka

Boleh bercinta....

Boleh balik rumah lewat malam

Banyak bende lah boleh buat kalau dah besar ni

Lama-lama, baru Irda perasan.


Irda dah tak bace komik doraemon, tapi magazine CLEO

Irda dah tak main masak-masak tapi mmg masak betul-betul

Irda dah lame dapat kunci 21

Irda dah boleh mengundi.

Kahwin pun boleh, kalau Irda nak.

Irda ingatkan best jadi dewasa ni.

Irda boleh buat decision sendiri,

Irda bukan budak hingusan lagi tp mahasiswi universiti.

Kalau pegi theme park, semua rides Irda boleh naik, tiada halangan umur atau tinggi

Dulu Irda buat karangan “Saya Seekor Nyamok” tapi skrang pasal forensic evidence in courts of law.(example la)

Dulu Irda mintak ayah beli computer sebab nak main games, tp skarang irda beli computer utk buat assignments dan macam-macam...


fantasi n realiti

Rupa-rupannya...
Jadi dewasa ni...
Kena matang.
Kena professional.
Banyak tanggungjawab.
Banyak masalah, lg byk dari masa remaja dulu.
Banyak hal nak kene tulis n setel.
Banyak pakai duit.
Tak boleh emo tak bertempat.
Kena cari makan sendiri
Kena buat keputusan,keputusan,keputusan
Kena kawan dengan semua org, biarpun tak sama interest dengan kita
Kena berpada-pada kawan ngan kaum adam (perbezaan kaum ni besar maknanya.)
And banyak lagi la kena,kena,kena,kena,kena dan kena..

Kisah 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan

Kisah 10 Puteri Tak Dilindungi Bulan Bertemasya di Pantai Sri Pengkalan , Satu kena rogol beramai-ramai.. Tinggal lagi Sembilan

"Apa pasal kamu semua tinggalkan dia seorang diri ? Tidak ajak dia balik dengan kamu semua ?" "Kami tidak larat hendak tunggu dia lagi, makcik. Dia asyik duduk bercakap-cakap, gelak-ketawa dengan orang-orang lelaki ... tiga empat orang …"
"Dia yang suruh kami jalan dulu, makcik. Dia kata akan ikut kami kemudian. Kami ingat dia ikut di belakang kami."
"Kamu semua memang tidak boleh harap! Bila mahu pergi pandai pula ajak pergi beramai-ramai. Bila balik, tinggalkan anak aku seorang diri."
"Sudahlah mamanya. Jangan marahkan anak orang. Kita yang benarkan dia ikut pergi. Kalau kita tidak benarkan lainlah cerita."
"Sekarang sudah jadi macam ni, nanti siapa yang pelahap mahu kahwin dengan dia? Jantan mana yang pelahap buat bini?"
"Cepatlah. Kita kena buat report polis segera. Kita kena bawa dia ke hospital … Heh, kamu kenalkah budak-budak jantan yang buat kamu itu ?"
"Kenal … abah …"
"Berapa orang ?"
"Empat …" "Kamu tahu nama-nama dia ? Tempat tinggal dia ?"
"Seorang saja … yang lain tidak tahu."
"Sudahlah abahnya! Mari cepat buat report ! "
"Huuuuu … dahsyat betul makcik tu. Anak dia yang gatal, miang macam ulat bulu bila tengok jantan, kita pula yang disalahkan! "
"Makcik tu tak nampakkah pakaian anak dia tu … sudahlah pakai skirt pendek nampak seluar dalam, pakai pula baju pendek dedah perut, tayang belakang. Bukan ada lengan baju, pakai tali sangkut di leher saja macam baju dalam!"
"Baju kita ini pun nampak pusat juga!"
"Sekurang-kurangnya kita pakai seluar jean. Pakai tudung. Nampak pusat pun tak berapa sangat."

9 Puteri Tak Dilindungi Bulan Berpesta seks -video lucah di apartment Satu sempat dicekup pencegah maksiat.. Tinggal lagi lapan

"Hah! Padan muka si Saman tu … megah sangat anak perempuan dapat bekerja di kota! Jaja serata kampung anak jadi pegawai!"
"Pegawai kilang video lucah! Elok-elok duduk tolong ibu bapa buka kedai, mahu pergi cari kerja di kota. Konon mahu makan gaji."
"Aku hairan macam mana budak-budak tu boleh jadi tak waras macam tu …. Tidak ada rasa malu aibkah buat kerja begitu! Ramai-ramai pulak tu, bukan seorang-seorang."
"Nak malu, nak aib ni, kalau ada ilmu agama. Kalau tidak ada ilmu agama, nak rasa malu nak rasa aib apa! Setakat Melayu setakat Islam saja tak jadi apa! Setan-Iblis jadi raja!!!"
"Agaknya emak bapak dia orang tu tidak peduli hukum agama.…"
"Janganlah salahkan emak bapak saja. Mereka kena cari belanja nak tanggung keluarga. Masakan ada masa hendak awasi anak-anak dua puluh empat jam! Anak-anak yang sudah besar panjang, sepatutnya tahulah bawa diri. Ini tidak. Setiap hari duduk keliling dengan video lucah di mana-mana. TV pun dua kali lima juga. Dua puluh empat jam duduk tayang benda-benda yang merasuk fikiran orang muda. Lepas itu duduk buat konsert pula sana-sini setiap masa. Mana ibu bapak terdaya hendak kawal semuanya!"

8 Puteri Tak Dilindungi Bulan Pergi ke konsert Jom Heboh Satu hilang ikut jantan.. Tinggal lagi tujuh

"Macam mana ayahnya! Sudah lima hari dia tak balik-balik … saya runsing sangat!"
"Hendak buat macam mana lagi. Kita dah buat report polis. Sudah masuk surat khabar. Dah tanya serata keluarga, serata daerah. Dah tanya kawan-kawan dia. Nak buat macam mana lagi ! Nak pergi redah di mana lagi !"
"Esok saya nak pergi jumpa bomoh … tentu bomoh tahu. …"
"Jangan! Jangan buat kerja karut, tu. Silap haribulan, syirik …."
"Habis ?" "Kita tunggu, kita tengok saja. Nanti kalau dia sedar langit itu tinggi, dia balik juga ke rumah."

7 Puteri Tak Dilindungi Bulan Jadi GRO di Kelab Nilam Satu dibawa pulang oleh pelanggan dan dibunuh.. Tinggal lagi enam

"Ya Tuhan ! Kenapalah mereka buat begini dengan anak aku! Dia seorang anak yang baik. Kuat kerja. Tiap bulan kirim duit ke rumah …bantu ibu bapa. Bantu adik-beradik sekolah! Sekarang siapa lagi yang akan bantu kami!"
"Dunia sekarang memang kejam, puan … anak yang begitu baik pun boleh dikerjakan sampai begitu. Berapa sebulan dia kirim duit kepada puan?"
"Selalunya lima ratus sebulan. Kalau dekat raya, dia kirim sampai seribu. Katanya untuk beli kain baju raya adik-adik …."
"Dia kerja apa di KL, tu?"
"Katanya pegawai eksekutif syarikat .…"
"Syarikat apa, puan?"
"Kalau tak silap syarikat import eksport … katanya pangsapuri tempat dia tinggal tu bosnya yang bayar … bosnya baik … selalu bagi bonus dua tiga bulan sekali."
"Oh?"

6 Puteri Tak Dilindungi Bulan Berpesta arak dan karaoke di kota Satu terus jadi pelacur.. Tinggal lagi lima

"Hei anak bertuah! Kautengok jam berapa sekarang baru pulang, hah?"
"Baru jam 3.00 pagi lebih sikit. Apa pasal ayah bising-bising tengah malam buta begini?"
"Kaucakap ! Kau buat apa di luar sana tu, hah?"
"Duduk-duduk sembang dengan kawan-kawan di rumah Anis. Tengok video … tak bolehkah? Masakan kena duduk terkelepuk di rumah dua puluh empat jam?"
"Sudahlah ayahnya. Budak tu baru balik. Penat. Biarkanlah dia berehat dulu. Esok bincanglah!"
"Awak pun satu. Suka sangat masuk sebelah anak. Entah dibuat apa-apa di luar tu. Nanti awak jangan pula hendak teriak-tangis! Awak tengok cara dia berpakaian, tu. Hari-hari tukar. Semua jenis yang mahal-mahal! Di mana dia kerobek duit membelinya? Awak tidak sedarkah? Itu, kereta yang dia bawa balik itu, kereta siapa?"
"Dia tu bekerja, bukan?"
"Kerja jadi pembantu kedai, masakan gajinya tiga empat ribu sebulan?"

5 Puteri Tak Dilindungi Bulan Satu disuruh seludup dadah dan ditangkap.. Tinggal lagi empat

"Yang Berhormat ! Tolonglah anak saya ! Dia tidak bersalah. Yang Berhormat tentu ada contact dengan Pesuruhjaya Tinggi Jamaica! Tolonglah hubungi dia bagi pihak kami. Kami tidak tahu hendak buat apa lagi untuk membebaskan anak kami."
"Saya bukan tidak mahu tolong. Perkara ini bukan perkara kecil ! Lagipun dia ditahan di Jamaica... ada bukti kukuh dadah itu ada dalam beg pakaian dia."
"Saya sudah kata dia tidak bersalah. Dia kena naya dengan teman lelaki dia. Kalau boleh bawa kes itu ke negara ini, bagaimana? Tidak bolehkah?"
"Saya minta maaflah. Saya sudah kata hal ini bukan dalam bidang kuasa saya. Kita nantilah tengok dulu."

4 Puteri Tak Dilindungi Bulan Bercinta dengan Mat Hitam Uganda Satu sudah murtad hendak kahwin.. Tinggal lagi tiga

"Kau ajak aku teman kau ke Jabatan Pendaftaran ini kenapa, Masni?"
"Aku nak tukar nama dalam mykad. Lepas tu minta kebenaran buang perkataan Islam sama!"
"Kenapa ? Eh! Kau pakai rantai salib, Masni? Itukan lambang agama Kristian ?"
"Memang aku sudah masuk Kristian! Dia yang bagi rantai ini. Nama aku sekarang, Madeline." "Haaaaaaaa ??? Ya, Allah ! Masni!!!"
"Ya, lah. Aku hendak kahwin dengan dia. Dia tidak mahu masuk Islam. Jadi aku kenalah masuk agama dia, Kristian. Aku mahu buktikan kepada dia yang aku betul-betul cintakan dia. Sanggup seberangi lautan api! Sanggup minum racun tikus. Sanggup makan daging babi!"
"Astaghfirullah, Masni! Bagaimana dengan emak, ayah kau? Mereka tahukah?"
"Kalau mereka tahu pun bukan boleh buat apa-apa. Aku sudah lebih dua puluh dua tahun! Aku bukan jadi tanggungan mereka lagi
"Kau sudah habis fikirkah? Nanti teruklah emak ayah kau. Mana mereka hendak letak muka bila orang tahu anak mereka sudah murtad?"
"Aku cuma tukar agama saja. Aku bukan tukar ibu bapa! Mereka masih emak ayah aku. Lainlah kalau mereka tidak mahu aku jadi anak mereka lagi."
"Kalau mereka tidak mahu mengaku kau anak mereka bagaimana?"
"Tidak jadi apa-apa. Aku sudah ada dia. Orang yang paling aku cinta di dunia ini. Hendak buat apa lagi dengan orang lain!"
"Eh ! Eh ! Masni!!! Kau mahu belok ke mana, ni?"
"Aku terlajak. Simpang ke Jabatan Pendaftaran dah terlepas di belakang, tu.…" Krrrrrrrreeeeeeeeooooookkkk!!! Bummmm!!!
"Woooiii ada kereta eksiden! Mari pergi tolong!"
"Wooohhh! Teruknya lori tu bagi! Sampai melayang pintu drebar!"
"Aku tengok kereta tu buat pusingan U, lori itu rempuh! Tak sempat brake!"
"Ah, ada yang parah nampaknya … satu lagi nampak okey .…"
"Keluar dek ! Keluar dari kereta, boleh?"
"Bawa kawan saya keluar, dulu … saya okey. Saya boleh keluar sendiri."
"Mari kita angkat dia ramai-ramai … jaga kaki dia terkepit. Ah, dah patah. Pegang kepala. Oh, dahinya pecah. Hati-hati! Ah, letak atas rumput di sini.…"
"Aaaarrrrgggg … aaarrrrgggg …Masni … Mas … Mas… mengucap … mengucap Mas .…" "Aaarrrggg … aaarrrggg …."
"Mengucap Mas …ikut saya, mengucap ... Laaa ilaaa haillallah … Laaaa ilaaa haillallah .…"
"Laaaa … ilaaaa .…"
"Kata, Laaa ilaaa haillallah …Mas! Kata, Laaa ila haillallah .…"
"Laaa … ilaaa …." "Massss … sebut Laaa ilaaa haillallah, Massss! Masss… sebut Laaa ilaaa haillallah.…"
"Dia sudah tidak ada lagi dek …"
"Masss …sebut Laaa ilaaa haillallah …Masss …sebut …"
"Dia dah tak ada, dek… dah tak ada lagi!"
"Ah, Mas … Mas … mengapa tidak sebut sampai habis, Masssss … Laaa ilaaa, tidak ada Tuhan, Massss ! Tidak ada Tuhan … !"
"Sudah, dek ! Ada surat khabar dalam kereta, nak tutup dia ?"

Menurut hukum faqeh, orang lelaki yang murtad boleh dihukum bunuh dan orang perempuan pula boleh dipenjarakan..(Kamus Pengetahuan Islam, Haji Dasuki Ahmad, K/Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah, 1976, hal.238)

3 Puteri Tak Dilindungi Bulan Terjebak dengan kumpulan bohsia Satu ditangkap bunuh bayinya.. Tinggal lagi dua

"Itulah perempuan yang buang bayi dia dekat tong sampah hari itu. Padan muka sudah kena tangkap."
"Buat kerja pandai. Hendak bertanggungjawab tak pandai. Kalau bagi pada orang lain apa salahnya. Ini dibungkus dalam beg plastik sampah, buang dekat tong sampah …."
"Dia ingat dia bijak! CCTV dekat tong sampah itu lagi bijak rakam gambar muka dia."
"Eloklah kalau Majlis Perbandaran boleh pasang CCTV pada semua tempat buang sampah. Nanti senang hendak tangkap orang yang buang bayi."

2 Puteri Tak Dilindungi Bulan Jadi Minah Rempit bersama Mat Kutu, Satu mati eksiden ketika lumba haram.. Tinggal lagi satu

"Aku hairan sungguh. Macam tidak ada kerja lain dalam dunia ini hendak dibuatnya selain daripada berlumba haram macam ni. Betina pulak tu!"
"Nak hairan apa, sudah jadi tren orang sekarang. Jadi Mat Rempit, jadi Minah Rempit ini glamor, tau tak?"
"Menyusahkan kerja kita saja. Nak tangkap bukan main susah lagi. Bila kena tangkap, senang-senang dibebaskan. Padan bila sudah ditangkap kenakan hukuman yang berat, jel sampai sepuluh tahun baru dia tahu! Setakat tahan lesen saja, jadi apa!"
"Buat semak dalam jel saja. Aku kata hantar ke pulau. Suruh duduk di situ sampai ke tua. Jangan benarkan balik ke kampung halaman lagi. Hidup pun bukan boleh beri manfaat apa-apa. Buat malu muka saja. Kata Melayu tapi ikut cara hidup orang Amerika. Kata Islam, tapi tak tahu dosa pahala!"

1 Puteri Tak Dilindungi Bulan Sangat-sangat susah hati Termenung-menung seorang diri..

Bagai ayam mabuk hidup sunyi sepi
Berkurung dalam bilik setiap hari
Ibu bapa tak ambil peduli sibuk ke sana sini
Lalu terjun dari pangsapuri
Langsung diapun mati


Info tambahan:
Puteri Lindungan Bulan, sebuah cerita lisan Kedah Tua tentang seorang puteri keramat yang jadi rebutan Kerajaan Acheh. Dikatakan pusaranya sentiasa terlindung oleh cahaya bulan..

Cinta

Apabila usia kian meningkat & kedewasaan mula menular di hati, Irda tidak dapat lari dari realiti hidup yang manusia mahu menyayangi & disayangi. Irda mula sedar apa ertinya ungkapan sehari tak berjumpa umpama setahun lamanya. rindu menyeksa batin tapi nikmat sesudahnya tak terucap oleh kata2. sedar jua Irda...mengapa ada yang lari dari realiti sehingga lautan api sanggup direnangi...

Biarkan persoalan cinta tuhan...itu lebih sukar didefinisi,biar bermain dgn cinta manusia,itu sudah cukup hebat terasa..

Dulu di kolej,forum tentang cinta seolah kurang maknanya buat Irda..Irda hanya bermain2 ttg cinta......tapi kini persoalan itu berubah serius. namun Irda tak fahami...memang bila menyelami persoalan cinta terasa murni & indah segalanya..bila masing2 saling mempercayai,jujur & tiada khianat. Seolah2 segala macam persoalan & lingkungan masalah yg menjadi realiti hidup terketepi.semakin dalam menyelam...saling berperasaan antara satu dgn yg lain seolah2 punya chemical bond yg cukup kuat hinggakan kita terasa sanggup buat apa jua demi insan yg kita cintai...hebatnya cinta.Tak usah lari dari realiti...itu hakikatnya.

Namun...bagaimana Irda bisa mengungkap persoalan ini...apabila kita disulami rasa cinta & tidak tenggelam dengannya...tidak buta kerananya,waras & rasional,tahu mana arah tuju cinta...maka lebih nikmat cinta itu terasa sebenarnya. patutlah insan yg menahan & bersabar sehingga akhir hayatnya seolah2 syahid kecil buatnya..berat perasaan yg tertanggung bisa membuat insan gila... & bila sampai seru,masa yang sesuai n berani utk mencapai tujuan maka hasrat pun dinyatakan pada insan itu. Lantas hubungan itu dimulai (bukan diakhiri) oleh pernikahan. Dan bermulalah kisah cinta yg tidak seharusnya bermula sebelum itu.

Bila manusia tenggelam dalam lautan cinta yg tak bertepi, karamnya itu juga selalu bermakna karamnya dia dalam lautan dosa. kehidupan irda di bandar, irda seolah2 melihat(tak tahu betul x)...cintanya muda mudi hanya dihiasi seks & mudahnya mengungkap kata cinta pada kawannya...namun selalunya tak kekal lama. namun bila berbekal prinsip & jalan yg benar maka hebatnya dugaan membuat bertambah rasa cinta & ingin...budaya ketimuran yg Irda pegang, rupanya banyak memelihara irda dari terkandas di persimpangan,tak tahu memilih yg mana patut dituju...

Lebih tepat Irda perlu katakan...Islam mengajar Irda memilih jalan yg patut dituju...walau Irda tak sehebat kawan2 yg lain, berbekalkan sedikit ilmu yg irda belajar dari mereka mana batas yg irda tak harus lewati. Perasaan malu yang datang juga bisa sedikit sebanyak memelihara Irda agar perbatasan itu terjaga hinggalah pada titik pernikahan...lahirnya malu itu jua dari iman.

ah...indahnya bayangan itu.jalan2 waktu malam atau senja di mana2 taman berpegang tangan bersama insan tersayang..dan sekian sekian. mungkin menunggang kuda bersama n kemudian minum petang bersama. tatkala itu pandangan terus mata ke mata bukanlah lagi panahan syaitan buat jiwa yang meronta tapi nikmat tuhan pada insan yg bergelar hamba...mungkin irda sedikit kebudak-budakan berimaginasi seperti itu...tapi irda percaya pada janji tuhan,agar irda usaha utk menjaga & terus berdoa,maka akan terkabul jua...tak didunia akhirat masih ade kalau amal cukupla..bila berkahwin...syukuri seadanya pasangan yg ada n pastikan erti hidup pada memberi tanggungjawab...n bukan meminta tanggungjawab org pd kita...kerana disitulah lahirnya kebahgiaan

Dan akhirnya...irda sedar n irda tahu ungkapan ini,namun masih irda gagal memanifestasikannya dlm kehidupan ini...namun sedikit sebanyak irda mula faham & mengerti tafsirannya...

Orang kata, hidup dunia kejap so live it to the fullest...benar tapi adakah anda nak try smua,minum arak hingga boleh bwk accident,nak hisap rokok,macho n cool...tapi anda tahu juga lung cancer akhirnya...

Maka biarlah ungkapan live life to the fullest itu berdasarkan prinsip & landasan @paradigma yg tepat.

buat Muslim...dalamilah Islam kerana disitu perspektif sebenar n disitu keseronokan hakiki + spirtual satisfaction bisa dicapai.



XOXO
cyg kamu

Money and Time



Subhan ALLAH - time flies by and we don't even notice it. Day after day is burnt, and we take no heed of it; no time to reflect and ponder as to where our minutes are being invested, where our time is leading us, and how we've exhausted our lives thus far. ALLAH swore by the time in Surah Al-Asr to emphasize the value of it. But a more frightening verse about this subject is:

"And for every nation there is an appointed term; then when the appointment is reached, not an hour can they delay it, nor shall they advance"
~Surah Al-'Araf,ayat 74~

Yes, the only certainty in life is that it will end. That appointment is concealed and preserved in ALLAH's knowledge alone. None of us are at liberty to delay that appointment by as little as a second, nor even advance it. If the angel of death arrives at our doorstep in a state of sin, not a minute can we hold him back to rectify that condition. When the trumpet is blown, on the day of judgment, our souls and bodies will be driven by an overwhelming power towards the jury of final account. There is no hiding, no procrastination, no extensions of "deadlines" - it's all against our will.

Action, no destination

However, my brothers and sisters, by our will we are empowered to control now, and to furnish for a better tomorrow. We control our actions, but not our destination. We command our intentions, but not our fate. But that's what ALLAH wants for us: good actions accompanied with noble intention - the secret recipe that carried the master-key to success in this temporal life, and the eternal abode. We must start now and act to make every moment in our lives a fruitful one. Time is not money. Money can be regenerated; time can not. Money can be compensated; time cannot. Money can be created; time cannot. Money can be made; time cannot. A ringgit wasted is replaceable, but a second burnt is in ashes, beyond recovery. Every second of our day is either utilized or wasted, and it's a chunk of our lives ostracized.

There is no middle category: if it's not used for good, it is wasted in evil. An analogy for smokers: while flame burns the content of your cigarette, imagine that cigarette to be your life spam that is burning slowly until it perishes. Where are you heading with it, and what good is the smoking habit returning for you? Ashing your time, your money, and your health. Have you prepared a justification to articulate that moment you stand alone before your lord for accountability? And likewise for addicts and those of us who persist on any type of sin.
Sometimes...
a lot of opportunity came in our life.
We need to choose either grab it or drop it.
Sometimes...
the opportunity just came once.
Sometimes...
it may change our life.
Sometimes...
it doesn't change anything.
Sometimes...
we can't decide what the right decision to be made
Sometimes...
we need help to make decision
Sometimes...
nobody can help us.
Sometimes...when we lose it, we'll regret.
Sometimes...when we grab it, we had a joy.
Sometimes...we just waiting it to be true.
Sometimes...it came when we need it.
Sometimes...it never come although we wish for it.
So, when it come, choose the right decision and grab it as you wish for...

Reasons to smile




1. Smiling makes us attractive

We are drawn to people who smile. There is an attraction factor. We want to know a smiling person and figure out what is so good. Frowns, scowls and grimaces all push people away ,but a smile draws them in.


2.Smiling changes our mood

Next time you are feeling down, try putting on a smile. There's a good chance you mood will change for the better. Smiling can trick the body into helping you change your mood.


3. Smiling is Contagious

When someone is smiling they lighten up the room, change the moods of others, and make things happier. A smiling person brings happiness with them. Smile lots and you will draw people to you.


4. Smiling Relieves Stress

Stress can really show up in our faces. Smiling helps to prevent us from looking tired, worn down, and overwhelmed. When you are stressed, take time to put on a smile. The stress should be reduced and you'll be better able to take action.


5. Smiling Boosts Your Immune System

Smiling helps the immune system to work better. When you smile, immune function improves possibly because you are more relaxed. revent the flu and colds by smiling.


6. Smiling Lowers Your Blood Pressure

When you smile, there is a measurable reduction in your blood pressure. Give it a try if you have a blood pressure monitor at home.Sit for a few minutes, take a reading. Then smile for a minute and take another reading while still smiling. Do you notice a difference?


7. Smiling Releases Endorphins, Natural Pain Killers and Serotonin

Studies have shown that smiling releases endorphins, natural pain killers, and serotonin. Together these three make us feel good. Smiling is a natural drug.


8. Smiling Lifts the Face and Makes You Look Younger

The muscles we use to smile lift the face, making a person appear younger. Don't go for a face lift, just try smiling your way through the day!you'll look younger and feel better.


9. Smiling Makes You Seem Successful

Smiling people appear more confident, are more likely to be promoted, and more likely to be approached. Put on a smile at meetings and appointments and people will react to you differently.


10. Smiling Helps You Stay Positive

Try this test: Smile. Now try to think of something negative without losing the smile. It's hard. When we smile our body is sending the rest of us a message that "Life is Good!" Stay away from depression, stress and worry by smiling.
XOXO
cyg dia



Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak???

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.



Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

ENJOY??????

Death is an unavoidable fact. It will happen to everyone.However, some believe that "Kita hanya hidup sekali, jadi kita mesti ENJOY!!!" (quoted from Puteri).

Enjoy? Enjoy life and get what in return? It's ok to enjoy and be happy. But there is a limit too. Clubbing, drinking, one night stands, drugs... The list goes on. Those are "enjoyable activities" that is only a ticket to hell. When doing such activities, one may enjoy it. But that feeling is only temporary. But what comes after that? Regret, guilt, diseases like HIV/AIDS and not forgetting that you have done a sin.

We human beings tend to think short-term. We should invest in long-term enjoyable activities such as going for a horse ride with our families. Subhanallah... We can also go sight-seeing with our families at national parks to look at the beautiful animals and nature and marvel at the wonders of our Creator. And what is life without knowledge? This is our chance to learn. We only live once and time is short. Yet we have too many to learn. Learning gives one satisfaction when one is able to grasp the idea of both theory and practical practices.

And let's not forget to perform our ibadah to Allah for giving us all these nikmat. Iman, Islam and akal is amongst the best nikmat. So use them all wisely. Especially the akal nikmat.

Pemergian

Kematian.Perkataan yang paling tidak disukai apabila terasa diri tidak bersedia menghadapinya.Begitulah lumrah kehidupan,yang muda akan tua,yang tua akan pergi,yang muda jua tidak ketinggalan dalam mengikut jejak walaupun tika umur masih merah.Kematian sangat-sangat memberi impak kepada manusia,terutama bagi mereka yang berada dalam lingkungan kekeluargaan kepada si mati.Isteri,anak-anak,ibu,ayah,adik beradik sepupu ,jiran ,rakan ,teman mahupun lawan.Semuanya mendapat kesan dari peninggalan si mati.


Perasaan sedih tatkala kehilangan orang yang disayangi sangat-sangat memberi impak pada keluarga terdekat pada si mati.Akibat kematian,diri rasa sedih,hilang selera makan sehinggakan terlupa bahawa hampir sehari suntuk tidak menjamah makanan dek kesedihan yang membungkam.Di sinilah salah satu kewajipan sebagai rakan atau jiran untuk menceriakan keluarga tersebut.tetapi bagaimana??..


Ketika peperangan Mu’tah,sepupu nabi,Jaafar bin abi Talib telah gugur di medan peperangan,berita gugurnya syuhada’ ini tidak membuatkan Nabi membungkam kesedihan bahkan terus dibelai dan dihiburkan anak-anak Jaafar untuk mengelakkan kesedihan kehilangan ayah mereka,dalam masa yang sama disuruh isterinya/khadam/sahabat-sahabat agar memasakkan makanan dan diberikan kepada keluarga jaafar bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung akibat dari kehilangan insan yang paling berharga dalam hidup mereka.


Kisah ini banyak memberi contoh kepada kita,apakah yang sepatutnya kita lakukan,pabila sahabat,atau jiran kita kehilangan ahli keluarga mereka.Menggembirakan anak-anak si mati akan menyebabkan jiwa kecil mereka tidak dibelenggu kesedihan yang tidak sepatutnya mereka tanggung.Bagi si ibu,jika melihat anak-anak nya dibelai oleh kenalan-kenalan,kawan-kawan rapat si mati mahupun jiran mereka,ini akan mengurangkan rasa beban si ibu yang sarat memikirkan kepada siapakah anak-anakku akan menumpang kasih seorang bapa??..siapakah yang boleh kuharapkan untuk melihat anak-anakku yang masih kecil ini??..Apakah anak-anakku boleh membesar tanpa seorang lelaki yang bernama ayah di sisi mereka??…Begitulah saratnya hati seorang ibu memikirkan masa depan anak-anaknya..Jadi,dengan menggembirakan anak-anak si mati,sekurang-kurangnya ia akan mengurangkan rasa beban dan sesak yang ditanggung,untuk anak-anaknya.


Keduanya,memberi atau memasakkan makanan kepada keluarga si mati.Akibat kesedihan yang membungkam hati-hati keluarga si mati,menyebabkan mereka kurang mengambil peduli sedikit tentang makan minum mereka dek kesedihan yang menimpa.Di sinilah perlunya kita menghulurkan sedikit juadah memberi kepada keluarga si mati,untuk mengurangkan rasa sibuk mereka menguruskan urusan si mati,menggembirakan hati-hati keluarga si mati, bahawa masih lagi ada yang mengambil berat tentang mereka.Juga memberi satu tanda yang kitalah tempat berteduh atau sekurang-kurangnya tempat luahan mereka jika sesuatu yang susah mereka hadapi selepas dari siapnya jenazah dikuburkan.


Begitulah serba sedikit berkenaan dengan kematian,yang bagi kita jiwa orang muda,yang kurang memikirkan soal kematian.Sedangkan Nabi menceritakan,secerdik-cerdik manusia adalah mereka yang banyak mengingati mati.Dengan ingat pada kematian,kita akan mencongak sejauh mana amalan kita,jika terasa ianya masih kurang,maka akan ditambahkan lagi amalan tersebut agar ianya seiring dengan datangnya ajal yang tidak pernah kenal usia.Moga-moga dengan coretan ringkas ini,akan membantu kita dalam menangani soal kematian yang tidak pernah lekang dari telinga.


Yang terakhirnya,mari kita sedekahkan bacaan Al-fatihah kepada ayah,ibu ,datuk nenek dan sesiapa yang telah pergi meninggalkan kita untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai di muka bumi ini selaku khalifah Allah..Al-fatihah.







Friday, October 17, 2008

AYAT AYAT CINTA

Filem yang berkisarkan cinta ini mengisahkan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir dan beberapa kenalan wanita yang menaruh hati terhadapnya. Namun lebih daripada itu, kisah ini menjalani naik turunnya kehidupan dengan tatacara hidup sebagai seorang yang beragama Islam.


*andaikan ku bisa lebih adil
pada cinta kau dan dia
aku bukan nabi yang bisa sempurna
ku tak luput dari dosa*
Sejak menuntut di universiti itu, Fahri bersahabat baik dengan Maria, jiran tingkat atas flat pengajiannya, merupakan seorang gadis Kristian Koptik yang mengagumi Islam namun, menaruh hati secara senyap terhadap Fahri.

Keikhlasan hati Fahri, mendorong dia dan Maria membantu Noura, seorang gadis yang sering didera oleh bapa tirinya, Bahadur. Suatu hari, Fahri telah membantu seorang gadis berpurdah yang menjadi mangsa amukan warga Mesir kerana memberi tempat duduk kepada dua warga Amerika yang hampir pitam kerana kepanasan dalam gerabak keretapi.

Fahri kagum dengan keberanian gadis berpurdah itu. Sempat berbual dan sebelum berpisah gadis itu memperkenalkan dirinya dalam bahasa Jerman ‘mein name ist Aisha’.
*biarlah ku hidup seperti ini
takdir cinta harus begini
ada kau dan dia bukan ku yang mau
oh Tuhan tuntunlah hatiku *

Suatu hari, Syaikh Ustman, guru tallaqinya bertanya sama ada dia mahu berkahwin atau tidak. Fahri bingung lalu solat istikharah. Bertemu secara taaruf, akhirnya Fahri mengakui jodohnya bersama gadis itu. Dia ialah Aisha.

Namun, perkahwinan dengan Aisha umpama derita terhadap tiga lagi gadis yang menyintainya dalam diam. Tidak cukup dengan itu, Fahri menerima dua dugaan yang paling besar dalam hidupnya.

*ku tutup mataku
dari semua pandanganku
bila melihat matamu
ku yakin ada cinta
ketulusan hati yang mengulir lembut
*

Apakah dua dugaan yang terpaksa ditempuhi oleh Fahri?

Pastikan anda tidak terlepas peluang menonton filem tersebut................

Wednesday, October 15, 2008

Cinta bukan mainan yea....


Pernah suatu masa dahulu, ketika Irda sedang berjalan-jalan dengan my bestie julie, Irda ternampak beberapa orang budak dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun duduk berlepak-lepak di shopping complex. Kecil-kecil je badan mereka. Yang menjadi peliknya, mereka-mereka ini bukan saja berkumpul tetapi berkepit mengalahkan orang dah berkahwin.

Memang semua orang ingin bercinta. Lagi-lagi ketika usia sudah meningkat ke alam remaja, perasaan cinta itu mula membuak-buak. Ramai yang mengatakan cinta ketika di alam persekolahan merupakan cinta monyet.Irda tak pasti la kenapa tetapi dari apa yang Irda tahu, cinta monyet ini adalah cinta yang hanya berdasarkan suka semata-mata dan bukannya disebabkan kasih sayang dan perasaan cinta yang mendalam yang tujuannya untuk mendirikan rumah tangga.

Cinta bukan mainan ye adik-adik? (Macam dah tua pulak Irda ni kan panggil adik-adik ni…). Tetapi cinta itu merupakan suatu perkara yang unik dan teramat rapuh dan mudah pecah. Sekiranya cinta ini dibuat main-main, sudah pasti cinta itu akan retak lalu pecah disebabkan perasaan yang tidak serius dalam bercinta. Cinta perlukan pengorbanan dan tanggungjawab. Ingat tu…



Jadi…sekiranya adik-adik yang ingin bercinta itu, cuba fikirkan sedalam-dalamnya. Adakah adik-adik cinta pada seseorang itu hanya untuk suka-suka atau memang benar-benar sayang dan ingin hidup bersama dengan si dia hingga ke akhir hayat. Cuba minta pendapat rakan-rakan adik yang lain dan bertanya pada diri sendiri adakah adik-adik bersedia untuk bercinta.



Fikir-fikirkanlah masa depan adik-adik. Bercinta memang best. Memang menarik. Tetapi adakah adik-adik benar-benar mencintai si dia? Benarkah si dia betul-betul mencintai adik? Bolehkah adik-adik dapat membahagikan masa untuk bercinta dan untuk berlajar? Semuanya bergantung pada diri adik-adik untuk menilainya.



Tetapi bagi Irda, bercintalah ketika adik-adik benar-benar bersedia. Dan kalau boleh, cuba elakkan dari bercinta ketika masih di alam persekolahan. Sudah banyak yang Irda dengar couple-couple muda putus hubungan ketika masih bersekolah.



So,pilih la masa sesuai untuk bercinta.Jika masih di alam persekolahan,bercintalah dengan pelajaran dahulu.....Itu yang paling penting dan dapat menjamin kejayaan adik2 nanti...

CINTA ADALAH TANGGUNGJAWAB


Memang ramai yang inginkan bercinta. Pada masa Irda muda-muda dulu (macam sekarang ni dah tua pulak ye?), Irda takde la nak fikirkan sangat mengenai cinta ini. Ala…masa dulu tu lebih suka berjumpa-jumpa dengan kawan-kawan. Tak terfikir lagi untuk terikat dan memikul tanggungjawab ni. Dan sekarang ini, bila sudah bercinta, Irda kenalah bertanggungjawab dengan cinta Irda ini, Mr Ucop la… Siapa lagi kan…

Kenapa cinta adalah satu tanggungjawab? Bagi Irda, sudah pastilah cinta merupakan satu tanggungjawab bagi kita sekiranya kita bersetuju untuk menerima cinta itu. Sama la juga dengan perkahwinan. Apabila kita bersetuju untuk berkahwin, kita kenalah bertanggungjawab sebagai seorang suami atau sebagai seorang isteri.

Dalam konteks cinta ini pula, sudah semestinya tanggungjawab itu ada. Kita mestilah memberikan kasih sayang kita pada buah hati kita itu. Kata, ingin bercinta kan? Jadi, kenalah bertanggungjawab dalam memberikan kasih sayang. Takkan la lepas kata setuju bercinta atau berkapel, then kita boleh tinggalkan sebegitu sahaja?

Selain daripada memberikan kasih sayang, kita juga bertanggungjawab dalam meluangkan masa bersama-sama dengan kekasih kita itu.

Kalau yang bagi lelaki yang tidak suka bershopping tetapi si kekasih ini suka bershopping, kita kenalah ikut. Teman dia pergi shopping.Kalau dah penat tu cari la mana-mana kerusi dekat kedai tu dan duduklah berehat sementara si gadis kita ini membelek-belek kasut atau baju di kedai tersebut. Kalau beli takpe la jugak kan? Ini tidak, asyik membelek-belek dan mencuba-cuba sahaj. Hehehe. Tapi, diingatkan, pastikan si dia dalam lingkungan radar kita. Nanti hilang kang, jenuh pulak kita nak mencari. Kan susah tu?

Untuk gadis pula, kenalah faham tanggungjawab diri. Kalau si jejaka sibuk dengan tugasan harian, janganlah nak ditambahkan lagi bebanan itu. Kita kena ada tanggungjawab dalam memahami perasaan pasangan kita. Kita kena tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka. Kita juga haruslah membantu si dia jika dia perlukan sokongan kita. Berikan kata-kata semangat dan motivasi supaya si dia rasa dihargai.

Sebagai kesimpulan, sekiranya anda ingin bercinta, anda haruslah bersedia untuk memikul tanggungjawab. Bagi pendapat Irda, bercinta merupakan satu cara untuk kita belajar dalam memikul tanggungjawab sebelum kita dapat bergelar sebagai suami isteri. Kerana, sudah pasti memikul tanggungjawab sebagai suami isteri lebih berat daripada dengan bercinta sahaja.

Pesanan ini buat sumer rakan-rakan irda termasuk lah untuk diri irda juga...

XOXO
chenta kamu!!

Aku berdiri lagi




Aku cuba bediri lagi didada CINTA
Setelah sekian lama
Ku ungkaikan kalimah CINTA ini
Lalu ku benamkan dipuncak kecewa
Agar aku tidak bisa mendaki nya lagi
Agar aku tidak ada hati langsung untuk kesana
Tapi ku rasa kelungsung hati ku sepi
Tapi ku rasa kaki ku tidak bediri dibumi nyata
Selama itu aku kundung segala cerita kehidupan ku
Dari fajar hingga ke senja dengan tangan sendiri.


Aku cuba bediri lagi didada CINTA
Hari ini kalimah CINTA itu belagu lagi
Digendang telinga ku
Apakah harus aku dengar dan ku dendangkan
Lantas ku sulam besama segempal hati
Untuk membentuk tangkai ASMARA
Tapi aku tak pasti
Apakah ladang CINTA ini bisa membuah
Atau aku saja yang berdendang SENDIRI.



Apa-apa pun aku berharap,agar aku bisa berdiri terus di dada cinta ini sehingga akhir hayatku bersama-sama insan yang aku sayangi.....





XOXO
cayang kamu




Tuesday, October 14, 2008

Madah cinta lagu rindu

Ingin ku nyayikan lagu rindu
Ingin ku luahkan rasa hati ku
Hanya pada mu

Kerana aku rindu
Terlalu rindu…
Aku cinta pada mu!

raya pic

Huh!sedar tak sedar dah masuk raya ke -13 ari ni.Tp rumah terbuka masa terbuka lagi.Yer ler raya kan sebulan.so,skrang ni pun masih dalam mood raya lagi walaupun dah tak macam raya dah..Erm,irda tak de per nak share pun,just nak upload pic raya utk year 2008.Si maeyie nak tgk...So,enjoy ya!!
berkumpul di umah grandma....

wt my cousins n uncle...


adik,mak lang n myself... opss!!my cat ada kat blakang tu


wt mummy n daddy..luv u'll


ishh,,mamat ni adik i!!!pasan sungguh...

wt my cousins,br pas main bunga api...


syok sendiri jer ni...


konvoi beraya....


wt syazwan yg jadi dreber...uiks,,what happen wt noor tu??


ramai gak cousins aku yek!!!



Friday, October 10, 2008

Samsung Omnia Vs HTC Diamond



Tadi Irda pergi jalan-jalan... and tiba-tiba Irda macam terpaku macam nak beli phone baru! Tatau la adakah Irda patut beli atau pun tidak? Samsung Omnia or HTC Diamond.. Huhuh.. Both ada advantanges and also disadvantages.. Huhu.. Persoalannya,

1. Patutkah I beli?
2. Omnia atau HTC Diamond?

Fikir-fikirkanlah Irda....