Monday, January 19, 2009

Julie dah pulih semangat

Pengalaman Julie dalam putus cinta cukup memberi pengajaran buat irda.Tp irda tahu,sebagai hamba,kita kena redha dengan ketentuan illahi.Mungkin ada hikmah di sebalik perpisahan itu.Walaupun sakit,luka di hati belum terubat,Julie tabah menerima dengan hati yang terbuka.Mungkin suatu hari,julie akan di pertemukan dengan seorang lelaki yang lebih baik dari jantan tak guna tue.Irda bukan nak membenci jantan dayus tue,tp irda mmg tak boleh nak pandang dia dah.Dengan apa yang dia buat kat julie,mmg menyakitkan hati.

Sabtu lalu,irda teman julie seharian.Kitaorg lepak kat Noodle Station dari jam 11 pagi hingga 3 ptg.Dari situ,irda dah tau segala2 nya dengan lebih mendalam.Sebab tue,irda cakap irda tak boleh nak pandang muka jantan tue dah...

Sekarang julie dah mula g keje,dah lalu nak makan.Irda happy dengan perubahan ini.Yang plg terbaru,dia dah start g aerobik & main futsal.Nampaknya semangat dia dah pulih.Julie berjaya menempuh kehidupan dengan lebih matang.....

Julie.....tabahkan hati yek...Lepas nie semua akan ok!!!

Thursday, January 15, 2009

Mood Julie dah stabil

Mlm td,pas keje irda g umah my bestie,julie.Dia tak lalu nak makan.So,her mom calling me suh irda pujuk anak dia nie.Smpi kat umah dia,irda tgk dia asyik nangis dan berkurung dalam bilik.Risau gak nengok si julie nie.Yer ler,dah kena penangan ditinggalkan kekasih.Mau tak sakit kwn irda nie.

Setelah 20 minit memujuk,baru lah julie nie kuar.Irda bw dia g makan.Kitaorg g pasar malam.Actually,irda pun dah lama tak g pasar malam.So teruja la juga.hehehe.Smpi kan pasar malam,irda bw dia g mkn bihun sup,Her favourite.Dalam duk sedih 2 mangkuk si minah ni makan.Tergezut gak.Dalam hati irda pk,maybe mood dia dah stabil kot.

Pastu,kitaorg jalan2 kat pasar malam.Mcm2 dia beli.Kain pasang ler,tudung ler,baju ler.Uikss,sakan juga kawan irda nie.Baru irda igt,klu sedih,baik g shopping.Itu satu terapi utk hilangkan kesedihan.Tul tak? dekat 2 jam gak kami berlegar kat pasar malam tu.Akhirnya irda tgk,dia dah ok,emosi dah stabil.Irda paham,parut kat hati julie pasti ada.As a friend,irda just buat apa yang terbaik utk julie.

Ari nie,mood julie dah ok.Irda dah dapat julie yang riang ria.tak moody dah.So julie,kita enjoy ya.!!!!!

p/s:

1)ari nie irda kena blk awl,umah grandma wat kenduri.Last minit bgtau irda.According to ayah,grandma irda buat plan mengejut tdg hari td.Tu yang kelam kabut skit...
2)rupanya pakaian2,bj2 dan kain2 pasang kat pasar malam cantik2 n murah2 gak yek.hehehehe....tudung pun cantik2 gak. (uikksss,jakunnya aku,dah lama tak g pasar malam nie.ada ler dalam 9 thn.Last g pasar malam masa study dulu kat ktn..sob...sob...)



Wednesday, January 14, 2009

Azam Cinta tahun baru 2009

Azam Cinta tahun baru 2009

Posted using ShareThis

Mengapa Lelaki Tinggalkan Wanita????


Malam tadi irda spent time wt my bestie,julie.Dia baru pas break.Setelah 5 tahun menyulam cinta,akhirnya dia ditinggalkan begitu sahaja.Ex-Bf dia ada gurl baru.Yang wat irda geram sgt,ex-bf dia couple wt new gurl dah 2 tahun.It means at the same time dok couple ngan julie lagi.Gilos per!!!Kalau dah tak mau,lepas le cara elok.Ini tak,dua2 nak sapu...

Yang heran,gurl baru nie mcm tak rasa bersalah plak.Dia sanggup share wt julie...uikss...pls ler,apa barang nak share2.Klu irda di tempat julie pun,dok sanggup nak share2..Agaknya perempuan tu desprate sgt kot.Nak kata gurl nie lawa,tak la lawa.Cam biasa jer.Tp ntah ler,irda pun tak paham napa ex-bf julie wat mcm nie.

Dulu (5 tahun lepas), ex-bf dia ni tak de keje,julie yang tanggung everthing.Kalau nak g jejalan,julie gak tanggung.Kiranya julie tak berkira langsung sebab dia tau ex-bf dia tak de keje.Uols bayangkan baper ribu abis dok support laki nie.Irda pun tak setuju gak pada mulanya,tp nak wat camne.Kiranya segala susah senang julie sentiasa ada kat tepi ex-bf dia nie.Lelaki lain nak tackle pun,dia tak pandang.Kira setia sungguh ler..Tahun 2008,baru ler ex-bf dia dapat keje.Kira dah leh hidup sendiri ler.Hidup pun dah stabil,tak teruk mcm dulu dah.Tapi langsung tak hargai julie.Uols bayangkan,gaji pertama,dia dapat,dia leh g joli ngan kwn2 lain.Apa ler salahnya belanja julie g makan ker,jejalan ker atau tgk wayang ker.Ini tak,langsung wat derk jer..Irda mmg nyampah klu lelaki mcm nie.Tak pernah hargai langsung gf.

Klu nak diungkit apa yang jantan tue wat kat julie,mmg tak pernah abis..Irda doakan yang terbaik utk my bestie nie.Sekarang julie dalam proses nak pulihkan semangat dia balik.Sesama kita doakan yang terbaik.

* Fyi,malam tadi irda n julie g bersemuka ngan perempuan tue.Ada ler sedikit pergaduhan berlaku.Tp kitaorg undur diri terus sebelum perkara tak diingini berlaku.Sebab perempuan tu naik 'hantu' kat kitaorg.Bg kitaorg,benda leh setel secara baik,kenapa sampai nak maki2 kitaorg n tumbuk2 meja kan??As profesional,irda n julie blah dari tempat tu immediate tanpa sepatah kata.*

Lelaki adalah makhluk yang ego. Namun, lelaki tidak suka menyakiti hati wanita. Lelaki dijadikan Tuhan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Dan sebagai seorang yang bergelar pemimpin, lelaki memerlukan satu benda yang teramat penting sekali. Benda ini berbentuk perasaan...
(dipetik dr blog senicinta)

Tuesday, January 13, 2009

Bz skit

uikss...lamanya irda tak meng'update'kan blog yek?Bukan per,lately nie irda bz bangat..Keje kat opis bertimbun2..Appoinment byk..Tak leh nak ngadap blog selalu.. k ler,irda nak p 'ngedate' ngan client plak..Penat la gini....
Daaaa......

Wednesday, January 7, 2009

Semalam aku cuti

Yesterday irda cuti,coz sakit pale.So,kesempatan ini,irda apa lagi,amik peluang untuk menyetel semua things yang dah pending.G bayar duit keta,duit umah,duit kredit card,duit pinjaman MARA.Mak oii...banyaknya hutang aku!!!!G KWSP lagi...Huhuhuhu..Mmg letih,tp sakit pale pun ilang dah.Kebetulan,my bestie pun cuti,so dia la yg kena teman irda g sana sini...TQ Julie.....

Pas semua urusan setel,Irda n julie wat plan tgk wayang plak.Kitaorg tgk citer bodo...Huhuhuhu....Citer Brainscan...muahahahaha!!!Yang lagi kelakar,hanya kitaorg berdua ajer dalam panggung tu.Apa lagi,kitaorg wat mcm umah sendiri lerr....Nak kata citer tu bodo,tak le bodo sgt,tp leh la layanz...Kelakar gak citer nie...Terus terang irda ckp,dari layan citer "APA KATA HATI" baik korang layanz citer nie...

Pas abis tgk wayang,kitaorg melepaksz kat secret recipe plak.Si julie tingin nak makan fiber cake!!!ada ler dalam sejam kitaorg kat sini.Sambil2 tu,irda calling2 ler tuan rumah kat Gelugor coz nak sewa umah utk my dear.Oh ya,My dear akan keje di Penang FEB 2009.. hahahaha.....Sukenya akak!!!

Pas Irda usha2 umah sewa tu,irda kena direct p opis...Ada urgent case plak.....*wei,aku cuti la,pesal kena mai gak*...Menci tul la!!!

Irda stay kat opis smpi kul 7 gak ler..pas tu apa lagi,terus cabut la...malas mau tggu lama2..

Smpi kat umah,apa lagi,mandi,solat terus lena.My dear msg pun,irda tak layanz....Sori dear,owg ngatuk ler mlm td...huhuhuhuhu

Persamaan antara kucing jantan ngan lelaki

Paparan saya, Tafsiran anda... just for release tensionn..! dont take seriously...

Jika anda mahu MEMAHAMI lelaki, cuba lah baca sampai habis...

Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Mengapa?

1) Kucing jantan suka dibelai.
~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke...Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar.

2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar
~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya.Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni.

3) Kucing jantan kuat tidur
~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak kuat sngt, tp bilangannya amat sikit). Dan kerana itu,bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tidak, ada yang akan mengamuk lebih teruk lagi jadi seperti kucing, dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Anda mahu suami anda beralih tempat tidurnya ka???? Jadi, jangan kacau time dia tidur.

4) Kucing jantan kuat merayap
~ Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan2 (ni tak sama dengan kucing). tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan???TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
~ Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
~ Ermmm, ni memang sangat2 betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe!!! Janganlah memaksa lelaki.Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
~ Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tengok sahaja Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Lelaki ni kan ada otak kan.... Lu pikirlah sendiri mana yang baik dgn yang buruk kan.

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
~ Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along. Nak rebut2 kawasan. Mereka nak tunjuk ego mereka. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka. Layan!!!!

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
~ Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar),mampus ia nak datang kat kita. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated) . Kalu kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih2 lagi kepada perempuan. For sure anda kenal lelaki anda, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya.. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
~ Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tp ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tp first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dgn first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis taknak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la).