Tuesday, June 9, 2009

9 sebab hati tidak bahagia


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.


Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain....andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam

P/S : Tq nik coz kongsi info ni yek!!!

Monday, June 8, 2009

Aku bukan Pelarian Cinta

Hidup tak selalu indah,hati tidak selalu gelisah.Inilah hakikat kehidupan.Irda harus mendepani takdir dengan hati yang terbuka kerana kalau diikutkan hati mati,kalau diikutkan rasa pasti binasa,lalu irda menenangkan diri dengan zikrullah.

Dalam sujud,Irda mengadu pada Yang Maha Esa hingga beransur-ansur lerai kedukaan yang merantai jiwa.Irda sedar,hidup tidak mati apabila orang yang dicintai pergi jauh dari sisi.Pergi atas kemahuan sendiri pada ketika irda sudah habis daya untuk menahan.

Irda tidak mauhu menjadi "pelarian cinta".Bodoh sahaja menghambakan diri pada sesuatu yang tidak kekal lama.Cintai ALLAH kerana DIA tidak pernah pergi dari sisi.Kehidupan irda tidak terkubur begitu sahaja.Irda menghimpun sisa-sisa harapan.Hidup tidak akan dibiarkan berlalu begitu sahaja.Pengisiannya selepas ini harus lebih bermakna....


Errm....jiwang pagi ini!huhuhu

Tidak pernah terlintas di fikiran irda yang janji setianya akan berubah,Sehabis daya irda memujuk hati,tetapi dia tetap pergi jua.Irda ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai....

Irda bangkit mendepani takdir,bukan serik untuk bercinta lagi, Tetapi salam kasihnya dibiarkan sepi. Namun, kesungguhannya mendambakan cinta,akan terus irda usir jauh buat seketika...

Irda pasrah pada takdir ILahi.Irda menerima hakikat hidup ini bukan semata-mata kerana CINTA....

Irda menarik nafas dalam-dalam,kemudian dilepaskan perlahan-lahan.Ketenangan menjadi milik irda. Namun,sekejab sahaja hati irda dibuai rasa lunak kembali datang dalam fikiran kenangan silam yang penuh luka.Bilah-bilah memori yang cuba dikikis dan dibuang kerana irda tidak mahu ingat dan kenang lagi,Luka dihati ini masih belum sembuh.Masih terasa pedih,seolah-olah baru semalam irda ditinggalkan.Cinta kasih yang dikhianati.Janji setia sehidup semati dinodai.Untuk sekian kalinya,lagu PATAH HATI beralun-alun di hati ini.

Patah hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri
Tak tentu Haluan

Kuharap janjimu
Kuharap janjimu
Bahagia selalu...Sayang
Rupanya patah
Rupanya patah
Di tengahlah jalan.

Perjalanan hidup tak selalu indah.Dalam pahit,irda harus redha dan menerima hakikat bahawa jalan cinta ini sudah terputus di tengah jalan.Sesungguhnya,irda belum menemui penawar luka.Sehingga kedetik ini,hati ini terus bersenandung lagu "Patah Hati".

Kenangan silam cuba diusir jauh-jauh kerana apalah diharap pada mengenang. Lagipun irda dah berikirar, demi maruah dan harga diri,kasih yang putus tak kan ada sambungnya.Ikrar yang terpahat di sanubari irda pada hari dia melepaskan irda dari hatinya.Irda tidak akan mengizinkan dia menyentuh hati ini lagi.

Kalaulah boleh,ingin sahaja ditinggalkan kenangan lalu di atas bangku,tetapi irda sedar yang itu adalah mustahil.Maka kenangan itu terus mengekori langkah kaki irda.Terpaksa dibiarkan kerana hati ini tidak dapat melupakan.Namun,Irda yakin suati hari kenangan itu akan beransur-ansur larut apabila cinta datang sekali lagi,lalu mengetuk pintu hati ini.

Suatu hari yang irda tidak tahu entah bila.....

P/S : Seseorang sanggup menggadaikan apa sahaja atas nama CINTA,sekalipun sedar tindakannya akan menghancurkan hati orang lain



Sunday, June 7, 2009

Happy familly

Sambungan dr kisah irda "PONTENG KEJE" a.k.a release tension jer.Pas kitaorg tonton wayang,so berjalan2 le kitaorg 5 beranak kat sunway carnival tu.Tup2 ibu dah tersangkut kat satu salon nie.Alamatnya dah kena tggu setengah jam gak.Coz ibu n irda dok try beberapa produk kat Salon nie....

Korang lyn je la picca ni yek!


P-Pah n ayah sabar menanti kitaorg di Salon

Apa yg excitednya ibu dok cerita tue!


So,seisi memutihkan kulit


Gosok jgn tak gosok!!



Klu leh putih cam bj akak tue,confirm irda beli!

Ibu pun dok cuba gak

Aduyai...aksi bapak n anak2

Syantek2 aksesori kat situ

Syantek tak???

P/S : Happy giler kitaorg!!


Ponteng keje tp tgk wayang......

Kan last Friday,irda ada ckp irda tersangat la buhsan di opis dan mengambil keputusan utk tonton wayang. Hahahaha! Ya Ya,irda telah lakukan perbuatan itu.Irda g tgk wayang "Terminator" wt parents and 2 kazen irda kat sunway carnival.Mmg tul ilang akal irda on dat day.Klu bos irda tgk,mau meroyan dia menjerit kat irda nnt!Tp skali skala orait per kan.Klu sokmo,tu dah kira melampau tahap gaban!

Jemari,sory yek,tak leh bw awk join irda tgk wayang.Awk kan keje kat gomen sektor!So,kena rajin2 keje selalu....Len kali irda bw awk yek!



5 tiket Terminator


Leh jadi model tiket tak?


Ayah & ibu


Si P-Pah yg rancak berbual

P-pah takut naik escalator

Irda wt Reen

Posing sblm masuk panggung

Nak lompat,tp tak jadi la!


Sebelum mula wayang


Apa motif budak 2 ekoq nie??

Betul2 ngok ngek la!

Jahat kamoo!!!

Br pas tgk movie...

P/S : Pas tgk wayang,kitaorg ke mana yek....??? tggu next entry ya!



Friday, June 5, 2009

Buhsan sungguh ari ini!!

Ari ni ari jumaat.Penghulu segala hari.Dan ari ni pun irda malas nak wat keje.Poning pale den.Lagipun rakan gosip di YM tak online ari ni.MC kot minah nie. Nik...mana kamooo!!! Ishh,sungguh tak baik kamoo MC time keje byk nie...Aduyai,malang la bos kamooo coz dapat staff macam kamooo neh!

Huhuhu...si Nik MC today,apa irda nak wat yek!Koje bertimbun nie.Aduyai,meroyan irda kat opis nie. Ermmm... jab g around 2pm,irda nak kuar jab la. Hahaha!Kuar g tgk wayang leh??Pedulik apa,lyn jer!

Ok,nak siap2 dah nie,irda nak kuar n terus blk!So,leh la tgk wayang ptg nie.... Nasib la bos irda dpt staff meroyan cam irda nie yek!!!

P/S : Ala,skali skala wat jahat,orait per!



Tuesday, June 2, 2009

pagi yang malang

Pagi ni mmg malang nasib irda.Keta rosak kat tgh jalan.Kat area greenland. Uwaaa....mmg tul2 hampeh.Dok syok drive,tetiba temperature keta zaappp smpi merah.Kira dah hit kat word "H". Then irda dah nampak asap tetiba berkepul2 kuar.Terus call ayah irda,then ayah suruh stop.Irda stop kt bahu kanan n buka signal kecemasan smbl buka bonet.So dah phm la,yg keta irda rosakkan.

Tp,ntah la pemandu penang ni cam tak phm2 n tak p sekolah pe.Dah irda ltk sign mcm tu,korang agak2 la nak sound or hon2 keta korang.Dah mmg rosak,camne irda nak gerak.Otak ltk kat pale lutut la diaorg nie.Mau je irda sumpah keta2 tu jd katak!

Dah le dok tension ngan keta rosak,ayah plak dok call byk kali tya itu ini,keta kiri kanan dok bunyi2 hon pastu dok usha irda.Panik giler irda.Tetiba irda nangis.Ngok ngek tul irda.Yer le,mmg masa tu,kat pale tu tak igt apa dah.Pastu,ayah ckp,klu nangis pun tak leh hidupkan keta tu semula.Ayah suruh relax n ayah akan call service center berdekatan.Pas reda skit,irda call budak opis suruh dtg tolong.Sib baik mahazir free n dtg tgk apa2 yg patut.N dia check2 ,rupanya kipas tak pusing.

Dekat 1 jam lebey gak tggu,barulah staff Perodua smpi n check apa2 yg patut.Diaorg amik keta irda utk checking.Ptg karang irda akan amik balik kat Sg Pinang.


P/S : Payment diuruskan oleh ayah! :-)