Tuesday, December 30, 2008

Geram aku!!

Pagi nie irda tersangkut dalam lift...
Geram pun ada,panic pun ada,
bengang pun ada....
Serba serbi ada ler...
Tension tul la!!!

Friday, December 26, 2008

Cetusan

Buat Suami Dan Bakal Menjadi Suami...

Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah …….

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Mengajar kita kewajiban bersama,
Isteri menjadi tanah, Kamu langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Kamu pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid, Kamu mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,
Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuasnya,
Seketika Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,
Seandainya Isteri tulang yang bengkok,Berhatilah meluruskannya…

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana miliki isteri yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…..

Tegar

Tergoda aku untuk berfikir
Dia yang tercinta
Mengapa telah lama tak nampak
Dirimu di sini

Jangankan ingin ku tersenyum
Tak ada ghairah
Ku ingin selalu bersamamu

Kini ku resah
Diriku lemah tanpamu

Gapai semua jemariku
Rangkul aku dalam bahagiamu
Ku ingin bersama berdua selamanya
Jika ku buka mata ini
Ku ingin selalu ada dirimu
Dalam kelemahan hati ini
Bersamamu...
Aku tegar...



IRDA MISS MY DEAR SO MUCH.........

Tak cehat tp nak makan aiskrim....

Ari nie irda tak sihat.Kena flu + batuk.Dah 2 days dah.Igt nak amik MC,tp kat opis ramai sgt yg cuti.So kena dtg gak keje.Huhuhuhu....Irda pun tak tau napa tetiba irda kena flu.Jangkit kat sape yek???

Semalam irda tak g mana2.So melepaks je kat umah ngan ibu.Pagi dah g visit grandma,n terus balik umah.Apalagi tidur ler kami 2 beranak kat hall.Dah ler hujan sedap je irda n ibu tidur smpi kul 3 ptg.My dear msg n call pun irda tak answer,sbb ngantuk sgt akibat mkn ubat.Bila dah jaga,masing2 mula2 lapar ler...Dat time,irda rasa dah kurang ler batuk n flu irda nie.

Around 5 pm,irda n family kuar g dinner. Kebetulan ayah irda tak de coz g Kuala Kedah . Dia g memancing . So,irda,adik n ibu g melepaks kan diri ke kedai makan PELITA.Coz adik nak mkn roti Nan.Pas makan,kitaorg terus g melepaks kat Haagen Dazs plak.Teringin nak mkn aiskrim.

Mmg ler sedap makan aiskrim,sampai terlupa yang irda ni sihat ke tak?Apa lagi,i'm vomit.huhuhuu.....abis sumer benda yang irda makan,kuar blk.Irda rasa,irda perlukan rest ler...Huhuhuhu


My Fav Flaour.....


Yummy-Yummy


Love it..


Cantik kan???


Best tau lepaks2 kat sini

P/S: Pas irda sihat nnt,irda nak g makan aiskrim byk2..Huhuhu

Tuesday, December 23, 2008

Beza Suka Dan Cinta

Irda nak berkongsi perbezaan antara suka dan cinta.Terutama skali untuk kawan irda,N .Semalam N bertanya ttg cinta pada irda.Apa perasaan jatuh cinta,perasaan suka dan perasaan syg.Selepas berdiskusi,irda dapat rumuskan bahawa N hanya suka shj pada lelaki itu bukan cintakan lelaki itu.My dear friend,mmg byk perbezaan antara 2 benda ini. Check it out ya friend :-

  • Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
  • Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
  • Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
  • Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
  • Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.
  • Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.
  • Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.
  • Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi air mata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Percaya lerr...Irda dah mengalaminya....

Monday, December 22, 2008

Dingin

Lagu Favourite irda minggu ini :-

Dingin malam yang menyelubungi
Hening sayu dalam hati
Berbicara bersendirian

Ku rasa resah
Selama dibuai rindu
Pada cinta yang terlalu
Terpendam di dalam hayalan

Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Ku tawan cinta yang sama

Dinginnya getaran asmara
Sentuhan mula bermadah
Ku tak bisa juarai
Jiwa yang ku tak punya

Dinginnya bila kau berkata
Ruang buat ku tiada
Memoriku gengamilah
Biarkan aku beralah

Dalam hatiku tiada dendam
Walau impian semalam
Masih mekar dalam ingatan

Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Tawan cinta yang sama


P/S : I love my dear so much.....

Monday, December 15, 2008

Bertengkar yang selamat

Dalam percintaan, perbalahan boleh tercetus disebabkan pasangan terlalu mengikut perasaan, ego dan emosional sehingga ke tahap boleh melukakan hati kekasihnya

PERTELINGKAHAN sentiasa wujud pada setiap masa dan di mana jua. Sama ada di alam percintaan mahupun perkahwinan, pasti pasangan akan berhadapan dengan pertengkaran. Walaupun ada di antara kita malu untuk mengakuinya, namun itulah hakikatnya.

Wujudnya pertengkaran disebabkan pasangan terlalu mengikut kehendak perasaan, ego ataupun timbul rasa ketidakpuasan hati daripada pasangannya, baik perihal peribadi mahupun pekerjaan.

Ia tidak akan terhenti sekiranya kedua-dua pasangan masih tetap dengan pendirian masing-masing.

Sesetengah pasangan beranggapan, pergaduhan mungkin boleh diibaratkan sebagai seutas tali penguat kasih sayang. Ia membuatkan pasangan mengenali hati budi di samping dapat mempelajari erti sebuah kematangan.

Bukan bererti pertengkaran itu tidak baik, tetapi ia adalah lumrah dan resipi dalam kehidupan bagi pasangan yang sedang bercinta ataupun sudah berumah tangga. Seeloknya, setiap pasangan perlulah menepis setiap percaturan yang dibangkitkan itu demi membina keharmonian dalam sebuah perhubungan.

Irda ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang bagaimana mewujudkan sebuah pertengkaran yang lebih selamat agar hubungan yang dibina selama ini diakhiri dengan ucapan, ‘aku maafkan dirimu’.

Elak bercakap panjang
Dalam menjalinkan perhubungan yang matang, kita mesti menghormati pasangan dan diri sendiri sebagai orang dewasa. Bila kita mula bertanya dengan panjang lebar kepada seseorang tentang kesalahannya, ini boleh mencetuskan perasaan kurang selesa di dalam dirinya. Fokus kita mesti kepada bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian dan juga supaya perkara itu tidak berulang lagi.


Tiada dendam dalam percintaan
Selalunya, bila hati seseorang itu benar-benar disakiti dan dihancuri, dia juga akan bertindakbalas untuk menyakiti hati pasangannya semula. Alasannya, biar pasangannya berasa bersalah dan turut berasa apa yang dia rasakan selama ini.
Jangan sesekali bersikap membalas dendam kerana ia membuktikan kita benar-benar seorang yang kurang profesional dalam hal percintaan.


Jangan mencari kelemahan pasangan
Sekiranya tercetus pertengkaran tanpa dipinta, dinasihati agar jangan sesekali mencari kelemahan yang ada pada diri pasangan. Tidak elok sekiranya menjadikan pertengkaran itu berakhir dengan kemenangan yang berpihak kepada kita. Cuba selesaikan masalah secara profesional dengan alasan dan bukti yang kukuh.


Jangan melibatkan hal lain
Jangan sesekali melibatkan hal atau topik lain mencampuri pertelingkahan kita. Ia bertujuan mengelakkan masalah ini berlanjutan. Bangkitkan suasana komunikasi yang aman dengan penggunaan nada suara yang rendah.


Jangan bertindak secara fizikal
“Kamu memang bodoh”, “tak guna”, “menyesal bercinta dengan kamu”, atau “perangai kamu tak ubah seperti ahli keluarga kamu”. Kata-kata ini tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya mendatangkan risiko lebih besar.
Dalam bercinta, dinasihati agar jangan sesekali mengeluarkan kata-kata kesat yang berunsur maki hamun, menyakitkan hati pasangan atau bertindak ganas. Sebaliknya, guna perkataan yang lembut seperti, “tak sangka kamu sanggup buat macam ini” atau “hancurnya hati mengenangkan perbuatan kamu”
.

Usah menjauhkan diri
Insan mana yang tidak tersentuh apabila hatinya diguris dengan rasa tidak bersalah. Sekiranya kamu berhadapan dengan perbalahan sehingga menyebabkan kamu terpaksa membawa diri, jangan sesekali membuat keputusan terburu-buru untuk menjauhkan diri daripada pasangan. Tindakan ini tidak dapat menyelesaikan masalah kamu berdua.




p/s:Sesungguhnya pengalaman rakan-rakan disekeliling irda banyak membuat irda lebih peka dengan dunia percintaan.Jatuh bangun rakan-rakan irda dalam melayari bahtera cinta mereka banyak mengajar dan memberi impak terhadap diri irda agar lebih berhati-hati dalam melayari bahtera cinta irda.Segala pengalaman mereka akan irda jadikan satu pengajaran utk irda dan dear irda.

Petua Untuk Wanita Sentiasa Ummpphh!!!

Ustazah Fatima Az zahrah menurunkan petua untuk menjaga kepemperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat dalam Surah al-Waqiah.

("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh perempuan untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri kita & utk kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Pesona RIndu

Rindu yang kian bertapak
Dalam kotak hati yang kian memberontak
Tetap kan rasa cinta dalam hatimu
Sentiasa terpanggil untuk memiliki hatimu
Hati untuk disematkan cinta

Cinta terkadang membuat kita sengsara
Sengsara dengan rasa rindu yang tidak tertahan
Percintaan jarak jauh
Sentiasa dibelenggu dengan PESONA RINDU
Rasa yang indah dan sukar ditafsir dek akal fikiran

Menunggu tiba saatnya hari yang indah
Menjadi milik kekal insan bergelar SUAMI
Menanti untuk disatukan
Untuk meniti hari indah yang kian mendatang
Hidup bahagia tanpa dilemaskan PESONA RINDU..



Thanks coz standing behind me......


Love u alwayzs.....


kisah ari selasa

Last tuesday,irda g karaoke.Kebetulan Usamah blk penang n bercuti 2 days.So,apa lagi dia ajak kitaorg melepaks kan diri kat karaoke.Ikutkan ramai yang nak join.Tp masing mai lambat.Mls ler nak tggu.So,irda lepaks kat bilik karaoke 2 jam jer..pastu yag lain sambung smpi kul baper ntah.Mls nak amik tau.Lantak korang ler.....


usamah dok sibuk pilih lagu....
*padahal bukan dia nyanyi pun*

yang mana satu ni.nak nyanyi ke nak lolipop???

Nyanyi jer ler...dok tunjuk penumbuk plak.!!!

bersemangatnya minah nie nyanyi

irda mls nak nyanyi tp suka kacau org nyanyi....

my twins kat JJ

Last Wednesday,irda mengalami sakit peyut yang amat sangat.Early morning tu,cam biasa irda bangun nak g keje.Dah siap everything,tup-tup peyut irda ni wat hal plak.Apa lagi merekot ler sbb tahan sakit.Apa lagi,irda amik cuti n berehat kat umah jer.Tp irda g gak klinik nak amik ubat n apa2 yang patut ler.Tgk2, dah ok plak sakit peyut.

Otw nak blk umah,ibu call suruh singgah umah grandma.Kiranya g visit n teman grandma ler.Irda no hal.Lepak2 kat umah grandma sambil main ngan my twins nie.Around 12 pm,my twins nie ajak g JJ.Kebetulan irda pun mmg nak g beli barang.So,bawa le twins ni jejalan kat JJ.

Tgh dok berjalan,tiba-tiba si adik ajar irda g main game.Si abang plak ajak tgk wayang citer "BOLT".Nak tak nak,irda tunaikan permintaan kedua2 nya skali.Pas g beli tiket irda bawa ler twins ni g main game kemudian makan kat laksa shake.Kebetulan irda dok usung laptop skali,sempat le ber-wifi jab.Ada ler setengah jam berYM ngan hubby irda yang dok tgh keje.Hehehehe....

After everything is done,terus le kitaorg ke panggung wayang.Dalam wayang,apa lagi irda lena jer ler..Budak2 dua org ni je le yang melayan citer "Bolt"...


adik tgh dok standby nak racing keta....


ice hockey....

aksi adik dalam bermain ice hockey


napa seyes jer muka abg ni...


aksi abg dalam bermain ice hockey

Irda enjoy on that day,,,sakit peyut pun dah ilang...hehehehe


Thursday, December 11, 2008

Geram aku ngan Nation Wide

Pagi2 lagi dah spoil mood irda.Ayah irda ada received brg from his opis kat KL melalui Courier Service Nationwide Express.Disebabkan kitaorg tak ada kat umah semalam,so attempted note diletakkan lah.Itu irda tak kisah sgt ler.Yang irda geram tu,baru antar 1st attempted,dah tulis note "SILA AMBIL BARANG DI PEJABAT"
Uikss...ni dah kira kes melampau la.Tp irda still sabar lagi.

Then,this morning ayah irda suruh call that courier center utk deliver brg around 2 pm coz ayah irda akan tunggu.So,irda call n ask for delivery at 2 pm.Tau tak CS kat Nationwide cakap per ?

irda : i just received ur attempted.And my delivery shipment 1522.
Nationwide CS : Oh ya,barang tu still kat opis,n miss boleh collect kat opis..
Irda: what?i must collect kat opis?kenapa?Supposed u kena deliver kan?And pls deliver to my house at 2 pm coz my father will be there.
Nationwide CS : Sorry,i tak boleh janji sbb takut driver tak sempat antar around 2pm
Irda:So,antar le lepas opis hour....
Nationwide CS : Ooo..tak boleh,sebab kita kerja sampai kul 5 sahaja...

Amboi mak...sedapnya bg reason macam tu kat irda.Peduli apa irda korang keje sampai pukul brapa.Dengan perasaan tak puas hati,apa lagi irda hanginkan Nationwide pagi tadi.

irda:U boleh antar atau tak boleh antar,i tak peduli.U baru sent 1 attempted note n u request mcm2 hal.Klu ikut procedure,u kena antar 2 attempted note,baru u boleh suruh customer dtg collect kat opis u..Apa,u igt i tak tau courier procedure ker?
Nationwide CS: Tp,kitaorg selalu antar,asyik tak ada org kat umah jer?So,lebih baik cik dtg amik jer..
Irda:I tak akan dtg amik.Lagipun I yang bayar everthing.So,supposed ur site yang antar sampai depan umah i.
Nationwide CS:Kami pun dibayar utk jalan service.Bukan keje free...
Irda: Dan customer le yang membayar u'll utk buat service.Samada suka atau tdk,just do it.Coz i bayar harga penuh,Dan setakat nak save minyak atau time,ur driver yang patut pandai manage.Kalau nak rest lebih2,tak yah ler...FYI,i dah sebati ngan dunia courier service.i dah masak sgt kelentong driver n u as CS pls blajar how to professional sbb silap byk la klu u nak debate ngan i.Klu my fault,i admit.Tp this time ur fault.
Nationwide CS:Erm...baiklah...sori miss!! Kami akan antar around 2pm.
Irda:ok,tapi klu u'll susah sgt nak antar ke rumah i,just return kat father i punya opis in KL.That time u jawab ler ngan diaorg...

*After 30 minit,big boss nationwide call me n minta maaf bg pihak NATION WIDE EXPRESS

Irda bukan apa,kalau org kurang ajar ngan irda,irda akan jadi 10x kali kurang ajar.Irda bukan nak berlagak atau ckp besar,tp Nationwide CS tu mmg betul2 keterlaluan n kurang ajar.Sbb tu irda kena ajar betul2.Irda boleh kautim,tp disebabkan sikap yang kurang ajar tulah,yang buat irda jadi nyampah.

Irda pernah berada dlm dunia courier service 2 years.Sbb tu irda dah masak sgt ngan dunia tu.Tambahan plak skrang irda dalam dunia Customer Service.So i know the protokol.Irda tau apa yang boleh dicakap pada customer dan apa yang tak boleh dicakap ngan customer.Ini tak,main cakap jer.Kalau ada masalah pun,jgn ler lepas kat customer...Please remember...

"WE LET OUR CUSTOMERS HEAR OUR SMILE OVER THE PHONE"

p/s:dah ler ari ni irda sakit perut,dapat plak jawapan yang tak munasabah macam tu,mau tak hangin satu badan....

Tuesday, December 9, 2008

Kisah raya haji plak

Raya Haji kali ni,irda sekeluarga balik ke Tanjong Malim.Actually,tak rancang pun nak balik beraya,tp ayah ajak balik gak,sebab dah lama tak balik sana.Supposed raya poser ari tu,dah balik,tp kitaorg tak leh nak balik,sbb ibu patah kaki.Dan tak leh nak jalan jauh.So,kali ini,ibu rela berkorban ler skit sebab cian kat ayah..Irda n adik no hal punya.Raya kat mana2 pun sama.Tp,honestly irda cakap,irda lebih prefer raya kat penang.Macam2 xtvt leh wat kat sini.Tp bila dah blk tanjong malim,irda n ibu sure jadi 'blur-blur'....

Bukan apa,loghat percakapan kat kampung irda (kampung keliang) lain skit.Sbb loghat org 'RAWA'.Tu yang irda susah nak paham.Bila p sana,mmg nganga la kami.Tp,adik irda mmg paham sgt.Ntah ler,dia ada blajar skit2 dr ayah.Tp bila sedara2 irda ckp atau ask something,klu irda tak paham,ayah yang tolong translate kan....

So,klu nak rasa betul2 suasana kampung,leh la datang kat kampung keliang nie.Irda kalu balik sini,uikss...jadi budak kampung babe...betul2 baik le irda time tu.Tak kuar umah tau..Nak kuar mcm mana,tak de geng!!!!huhuhuhuhu...sepupu sepapat irda kat sana,kebanyakkan lelaki.Segan la irda...So,duk dapur le jawabnya irda sepanjang berada di tanjung malim...

Kat bawah ni,ada ler sediki2 pic2 yang sempat di snap.Ada byk lagi,tp mls le nak upload....




kat sungai perak.Berenti rehat jab...


saja je nak jadi photogediks.....


mummy tersayang


daddy n auntie kat umah mak uda...
(meriah tau raya haji kat sini)
*macam2 ada*

adik irda yang sibuk ngan PS..


maklang n tok sedara irda....


amboi ayah...makan sungguh!!!


what's wrong ngan atok aku ni???
*cam terkejut nampak antu jer!!!


atok irda yang sporting gilerrr......
*tapi selalu buli irda*

pandai ke adik main gitar?
*mesti nyanyi lagu utk ikan kaloi*
muahahahaha

pesal ngan ayah irda ni
*cam S.Jibeng jer*

p/s: Dear,next year owg bawa dear balik beraya kat sana plak yek...love u so much

Cian Dear irda,on hari raya pun kena kerja!!!

Seks Cara Islam

Info ni irda dapat dari salah sorang blogger irda. Bagus untuk pengetahuan pasangan sudah berkahwin, akan berkahwin dan bujang. Yang baik dijadikan teladan dan buruk dijadikan sempadan.

Berikut adalah pesanan-pesanan yang berguna buat wanita sebagai isteri, yang berkaitan dengan hal bersulit-sulit dengan suaminya.Ianya dikumpulkan dari punca lisan dan pembacaan:

1. Bertenang Ketika Memulakan Jima.
Apabila suami mahu menusukkan zakarnya ke dalam faraj isteri,bertenanglah dan sama-samalah dengan suami membaca Bismillah.Ketenangan ini penting bagi penghayatan rasa,dan Insya Allah isteri akan merasa lebih nikmat dan mudah mencapai kepuasan.Rasulullah s. a.w. sendiri berpesan kepada isteri-isterinya agar bertenang ketika itu. Menurut riwayat Al-KhatibdanUmmu Salmah, Rasulullah menutup kepalanya, dan membisikkan kepada isterinya dengan tenang.

2. Menghisap Lidah Tanda Menyerah Sepenuhnya
Dari riwayat Abu Daud: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ada mencium Siti Aisyah serta menghisap lidahnya.Bukan saja menghisap lidah itu sunat dilakukan ketika berlangsungnya jimak kerana mengikut cara Rasulullahs.a.w., kernalah ia juga akan membantu suami agar tahan jimak dan menghebatkan kenikmatan pada wanita kerana bersatunya nafas, kenikmatan yang dirasa itu berganda hebatnya berbanding jika tidak dilakukan hisapan lidah, malah ia juga adalah tanda bahawa isteri menyerahkan jiwa dan raganya untuk dijima oleh suaminya. Untuk melakukan ini eloklah isteri menjaga kebersihan mulutnya, begitu jugalah bagi pihak suami.

3. Paling Selesa Berada Di Bawah
Posisi jimak yang terbaik ialah suami berada di atasi isteri dalam keadaan terlangkup sedang isteri pula terlentang di bawah suami bagaikan hamparan. Sebuah hadis ada menyebut ertinya: "Anak itu milikyang menjadi hamparan (wanita)". Posisi inilah yang paling merehatkan isteri, dan membolehkan isteri menumpukan perhatian kepada rasa kenikmatan. Sekiranya alat kelamin suami itu besar pun,posisi inilah yang terbaik bagi menampungnya, kerana peha boleh dihamparkan selebar mungkin.

4. Seburuk-buruk Kedudukan Berjima
Posisi jima yang dianggap paling buruk dan segi kesihatan ialah keadaan dimana isteri berada di atas suami dalam keadaan terlentang sementara suaminya juga baring terlentang.Dengan posisi ini suami akan memasukkan zakarnya dari arah punggung isterinya. Dan segi kesihatan ini dianggap bahaya kerana mani tidak boleh keluar habis dan boleh menyebabkan kerosakan alat kelamin dan boleh mengakibatkan suami mati pucuk juga oleh perubatan moden.

5. Cara Mendapat Anak
Ada petua yang mengatakan bahawa untuk membolehkan isteri mudah hamil,sebelum jima perlulah digeletek dahulu (dirangsang) purananya( kelentit) .Dari sudut seksologi moden, perkara ini dianggap karut dan tiada kena mengena dengan kehamilan. Penulis juga bersetuju dengan pendapat moden ini, dan berpendapat bahawa rangsangan purana itu lebih bermakna sekiranya suami mahu membangkitkan keghairahan yang tinggi pada isterinya dan salah satu dari jalan memuaskan isteri, dan dari segi anak, cara itu lebih memungkinkan isteri mendapat anak lelaki, dan ini dipersetujui juga oleh perubatan moden.

6. Jima Yang Puas Mengawet Wajah
Menurut Mantak Chia dalam Taoist Secnets ofHealing~Banyak bukti yang menunjukkan kaitan antara aktiviti seksual yang harmoni dan awet muda.Seks yang mesra membangkitkan pengeluaran hormon yang bemutu tinggi.Kehadiran hormon-hormon ini di dalam darah impaknya melambatkan proses menjadi tua. Jika diperhatikan, wanita yang berkahwin adalah lebih benseri-seri rupanya berbanding dengan wanita yang masih umurnya serupa tetapi belum berkahwin. Pada pendapat penulis, inilah tanda bahawa wanita-wanita yang berkahwin rasa puas dalam berkongsi cinta,dan jiwanya rasa terisi, gembira dan tenang.

7. Mengemut Ketika Buang Air Kecil
Bila buang air kecil, kemutkan faraj agar air kencing tertahan,kemudian lepaskan, ulangi 10 kali sekurang-kurangnya dengan pantas.Dalam masa yang sama, tarik otot-otot perut.Ini menolong mengawal pundi-pundi kencing yang lemah, menguatkan otot-otot kemaluan dan mempertingkatkan tenaga jima.

8. Menyusukan Anak Menyempitkan Faraj
Menurut Dr. Edwin Flatto, terdapat hubungan fisiologikal antara payudara dan otot-otot faraj. Wanita yang menyusukan anak bukan saja kurang kemungkinan diserang barah buah dada dan barah rahim,tetapi setiap kali dia menyusukan anak dengan payudaranya, otot faraj akan menguncup. Ini menolong otot faraj untuk kembali mengecil dan tegang seperti sebelum melahirkan.

SELAMAT MENCUBA DAN BERIKHTIAR......


Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan oleh orang-orang tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin.Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu.

  • Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkanzakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima'.Batang zakar harus sentiasa panas.

  • Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi,melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.

  • Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan.Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.

  • Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar.

  • Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanyasetelah 2 minit suapan terakhir.

  • Jangan hembus nafas ketika minum, tahani nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jima'.

  • Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.

  • Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar.

  • Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.

  • Kurangkan dari memakan Pisang Embun.

  • Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.

  • Elakkan dari buang air ditempat air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik.Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

  • Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur.Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar,tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.

  • Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima' lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.

  • Jangan jima' di dalam air.

  • Jangan terus minum air selepas jima', rehat dahulu 15minit.

  • Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.

  • Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.

  • Jangan jima' isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit.

  • Jangan cungkil gigi dengan kemuncut (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar jadi ngilu dan kurang bertenaga.

Petua lebih tua dari Ilmu !!!

Friday, December 5, 2008

Aku Cinta Padamu



Andainya engkau ku miliki
Terdahulu sebelumnya
Andai ku curah rasa hati
Mungkin kini ku tenang di samping mu

Belum puas ku menikmati
Kesan kasih sayang kau terpaksa pergi
Ingin ku terus dicintai
Walau bisikanmu azimat berduri

Bila cinta berbunga
Jadi airmata di jariku
Betapa ku cinta pada mu
Katakanlah kau cinta padaku
Sematkanlah ku di hati mu
Walau di mana berada
Ingat ku dalam doa mu

Hiasilah hati
Dengan cinta suci
Selamanya

Gemerlapkan jiwa
Semikanlah cinta
Semoga kau dan aku
Akhirnya bersama
Akukan menunggu
Walaupun seribu tahun lagi.

miss my dear so much......

Hanya engkau yang mampu



Ku cuba redakan relung hati
Bayangamu yg berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ......
Aku cinta …..
Aku cinta ….
Aku cinta …..

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Dear,miss u so much......



salam aidiladha



SALAM AIDIL ADHA UNTUK:-
  • FAMILY IRDA
  • MY DEAR & FAMILY
  • SEMUA TEMAN-TEMAN BLOGGER IRDA.
  • AND KEPADA SESIAPA YANG MENGENALI IRDA....

P/S: Uiksss...cam wat ucapan plak!!!muahahaha.....

Thursday, December 4, 2008

Kantoi

Suatu hari...seorang suami baru pulang dari meeting (sebenar nye dating)...dan melihat isterinya menangis teresak2...

Suami : kenapa ni yang?


Isteri : Sudahla bang..lepaskan saja saya ni!!

Suami : Eh..kenapa awak cakap camtu plak??

Isteri : Saya tahu..awak ada jumpa perempuan len kan?

Suami : Eh...apa awak cakap ni??

Isteri : Sudahla bang.. semua nya dah tebukti... ada perempuan yang jawab telefon masa saya call awak... dah banyak kali..

Suami : Eerr..aaa... ba..baik la.. abang mengaku.. abang ada perempuan len.. tapi.. apa yang perempuan tu cakap kat awak?

Isteri : Huh..nyampah. ..mentang2 saya tak tau omputeh... tapi saya ada hafal apa yang dia cakap..

Suami : dia cakap apa?

Isteri : dia cakap.."The number u have call..cannot be reached at this momment.. please try again"..asal saya telefon je.. dia cakap camtu... dia tak reti cakap melayu ke????

Heheh. sekadar untuk merehatkan otak..(^^)

Sesuka hati ko jer!!!!

Eeeiii....geramnya irda ptg semalam.Irda disnap oleh seseorg yang tak bertanggung jawab.Arghhh....bengong tul la org tu.

Ptg semalam irda blk keje naik bas.Selalunya irda blk ngan sorang technician.Tp ptg semalam dia ada keje,so irda mls nak tggu,irda blah le terus.Mls nak tggu.Irda naik la bas.Kebetulan masa naik bas,irda kena berdiri,so utk mencari tmpt yang senang nak berpaut,irda berdiri le blakang driver.Tp irda dok pasan dah,driver ni dok asyik tgk irda,but ignore jer la.Tup2 dia kuarkan HP dia snap pic irda.Hampeh tak??So,apa lagi,irda sound jer ler.

irda : wei,pesal u snap pic i?
driver : suka hati sy le nak snap pic sape pun??
irda : waluwei,hang igt aku ni apa,anak ayam ker,suka2 hang nak snap pic aku?baik hang delete sebelum aku naik hangin....
driver : punya pasal kat aku le,HP aku!!

Berbulu je irda dgt dia ckp mcm tu tau.So,irda suruh dia stop kan bas tu serta merta n irda turun dr bas.Sebelum irda turun,irda sempat warning dia yang irda akan buat laporan polis.Apa,dia igt negara ni tak de undang2 ker?Suka2 hati nak snap pic org.

Nasib baik irda turun kat area Lebuh Chulia.So kena berjalan le utk smpi ke jeti.Penat pun penat le,janji irda tak tgk muka driver tu...

Irda bgtau le kat dear irda pasal kes ni.Dear irda ckp irda pakai seksi kot?Seksi menda.Semalam irda pakai bj kurung tau.Huhuhuhu....nyampah tul la,amik pic tanpa kebenaran...Memang tobat tak mo naik bas kalau driver tu yang bw.....

p/s:wei driver mangkuk ayun..ko igt ko sape..sesuka hati je nak snap pic aku...arghhh.....mmg tul2 bongoks la ko ni!!!!

Tuesday, December 2, 2008

Kisah sepupu sepapat ku

Kali nie,irda nak bercerita tentang sepupu-sepapat irda plak.Sepupu-sepapat belah ibu.Acctually sepupu2 irda ni ada 15 org.So irda jadi cucu yang sulung.So,apa2 diaorg refer kat irda.Sepupu2 irda ada gelaran masing2 klu nak panggil.So,panggilan/gelaran yang kitaorg pakai ialah :-

1st cucu (irda) = kak chik
2nd cucu (noor) = kak long
3rd cucu (p-zah) =kak ngah
4th cucu (hazrat) = abg chik
5th cucu ( zizi) = abg long
6th cucu (reen) = kak een
7th cucu (syazwan) = abg chaq
8th cucu (p-pah)= kak pip
9th cucu ( fatin)=kakak
10th cucu ( ira) = kakak / ira
11th cucu (apit) = apit
12th cucu (fateh) = bobby
13th cucu ( fatehah) =baby
14th cucu ( syamil) = abg
15th cucu (syamin) =adik

Itu lah turutan sepupu sepapat irda dlm keluarga Hajah Che Amah (nama nenek irda tu ).Tak dinafikan irda mmg suka buli cousins irda.klu irda,noor,p-zah berjumpa,sure sepupu yang dibawah kami nie akan menjadi mangsa keadaan.Hahahaha...nakal kan kitaorg???Tp nak wat camne,kitaorg kan kakak2 korang..So kena la,dgr ckp...

So,irda ada attached skali,foto2 yang sempat di snap masa hari pertunangan cousin irda sabtu lalu...I love them!!!!


wt p-pah
*selalu jadi mangsa buli irda*

wt abg chaq
*yang ni cam romeo skit,pompuan keliling pinggang*

wt abg (my twin)
*my twin yg paling manja ngan irda n selalu perabis duit irda*


my 2nd cousin noor
*nampak cam pemalu kan,tp kaki buli*

ira,p-pah & fatin
*cousins yang selalu jadi mangsa keadaan*

noor,irda,bobby & adik

wt my auntie n cousins
*what's wrong wt u makteh?*


baper byk camera la depan kitaorg nie??
*ishh..nak tgk mana satu nie?*

uikss...ramaikan sepupu irda
*tp ni sebahagian jer*

masing2 gile bergambar


alahai..ciannya adik kat tgh tu....

pesal muka hang mcm tu noor???
*cam org tua plak nengok*

P-pah yang tak abis2 kena buli
*tu,letih coz br abis basuh pinggan*

So,itu lah serba sedikit tentang sepupu sepapat irda.So,tu all my cousins,sori sbb letak pic korang tanpa keizinan..Tp,suka hati kak cik la kan.Sbb blog ni kak cik yang punya.

Muahahahahaha......


menjawab tag dr JM

Sori JM,Irda tak sempat la nak menjawab tag ko semalam.Ada meting la ptg semalam.So pagi ni,perkara utama,Irda nak langsaikan hutang ko dulu nie... (sob..sob..sob...).

Semalam JM telah menge'tag' irda.Soklan2 nya ialah :-

1) do you think you're hot?
erm...ya la kot! (pasan je aku nie yek)

2) upload ur favourite picture of u..




3)Why do you like that picture?
Irda suka pic ini,sebab irda panjat jabal rahmah sendiri utk meminta doa "temu jodoh"..dan sekembali irda dari tanah suci,Irda telah bertemu jodoh dengan my
dear..


4)When was the last time you ate pizza?

Ermm...last 4 month.Tapi skrang irda mmg teringin nak makan pizza.So,i'm waiting my dear balik penang 13/12 nie n nak makan sama2...

5)The last song you listened to?
Aku dan dirimu,nyanyian Ari Lasso n Bunga.

6)What are you doing right now besides this?

Ntah,tak wat per pun...

7)What name would you prefer besides yours?
Erm..irda is a nice name rite?

8)People irda tag :
ermm...takmo la tag sesapa...cian diaorg kan....

So...hutang gue suda dilangsaikan...

HAHAHAHAHA...

Monday, December 1, 2008

Kisah ari Sabtu

29 Nov 2008,cousins irda yang ke-5 telah mengikat tali pertunangan ngan Zueha.Actually diaorg ni dah lama berkawan,tapi jodoh mereka kuat sehingga mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.So,kitaorg cousins2 yang lain,apa lagi menyibukkan diri ler..Saja menggamatkan suasana.Entry kali ini,Irda akan letak pic2 pertunangan cousin irda nie.Klu sempat by today,irda akan letak pic2 13 org cousins2 irda.Uikkss...ramai ker?

Memang meriah ler umah grandma last saturday.Lagipun,dah lama tak berjumpa,so this time,bila dah jumpa lupa dunia.Kira sumer berkumpul ler,kecuali cousin irda yang bertunang nie.Dia tak dapat cuti,sbb skrang nie cousin irda berada di Sabah atas urusan kerja.Neway,kitaorg dengan success nya telah berjaya mengadakan majlis pertunangannya walaupun tanpa beliau.So.kat bwh nie,sebahagian pic2 yang sempat di upload kat blog irda.Yang selebihnya,sudah diemail kepada adiknya.So,abg long.klu hang nak tgk pic2 yang lain,sila rujuk kepada adikmu ya...



maksu yang sedang menyiapkan hantaran
(maksu mmg kreatif bab2 hantaran nie)




mak jang n my mom pun turut bantu wat hantaran
(yer ker,asyik dok nyembang jer)


cincin pertunangan abg long untuk Zueha


wt P-pah
~the crazy gurl



touch up cake


kenduri kat umah my grandma
(before bertolak ke umah tunang abg long)


check hantaran
(cukup tak 7 dulang tue???)


wt P-zah

Inilah Zueha,tunang abg long
*welcome to our family*

Zueha Family

Hajah Che Amah Family
(nama my grandma tue..hehehehe)


Ini pun Hajah Che Amah Family
(amik berkat la konon2,tul tak reen??)


Minum Petang la plak


Uikss..apit,tak nyempat2


wt acchue,reen,zueha n myself
(ada iras2 ct nurhaliza tak si zueha tu???)


wt adik iparku....