Irda nak berkongsi perbezaan antara suka dan cinta.Terutama skali untuk kawan irda,N .Semalam N bertanya ttg cinta pada irda.Apa perasaan jatuh cinta,perasaan suka dan perasaan syg.Selepas berdiskusi,irda dapat rumuskan bahawa N hanya suka shj pada lelaki itu bukan cintakan lelaki itu.My dear friend,mmg byk perbezaan antara 2 benda ini. Check it out ya friend :-
- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.
- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.
- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.
- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.
- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.
- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.
- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.
- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi air mata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.
Percaya lerr...Irda dah mengalaminya....
3 comments:
kak.. nk cilok ayat2 ni letak kt blog jm leh dak..cam bes jerk..ekekeke
boleh ajer...sila2 kan ler!
wauu...tapi rasanya masih tidak terungkap lagi yang lain.apa pun ia merupakan idea irda sendiri..menulis berdasarkan pengalaman lebih baik berbannding pengetahuan?hmm..saya kurang setuju satu hal:
Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.
bagi saya,saya merenung orang yang saya suka tapi tanpa perasaan 'teruja' berbanding orang yang saya cinta. saya suka untuk merenung orang yang saya cinta kerana ia merupakan salah satu medium untuk menyampaikan 'kata hati' kit ayang cintakan dia.....hehehee....
p/s: teringat zaman sekolah...tapi sekarang teman wanita masih tiada.
Post a Comment