Satu perkara yang paling menyakitkan hati irda di dalam sebuah hubungan adalah untuk membuat keputusan untuk meninggalkan pasangan kita. Mengalami perasaan seperti ini,irda berkata kepada diri bahwa"Aku dah tak boleh sayangkan dia lagi".… adalah saat yang paling menyakitkan dan menyedihkan bagi irda. Ini kerana irda telah memberi segala-galanya kepada si dia. Irda berikan komtimen irda. Irda berikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepadanya.
Selalu irda berfikir, alangkah baiknya kalau irda boleh baring, lelapkan mata dan tidur agar hari esok bakal berubah. Irda harapkan satu keajaiban untuknya berubah. Harapan paling besar irda adalah semua ini tidak pernah berlaku langsung dan irda juga harapkan masa boleh berundur kebelakang. Malangnya semua sudah terlambat.
Setelah berfikir panjang, sekarang irda sedar bahawa irda telah lama menangguh untuk membuat keputusan muktamad dan mengambil tindakan wajar untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya.
Irda percaya dan sentiasa berharap yang irda boleh lakukan perkara yang boleh menyelamatkan cinta irda selagi ia berada di dalam kawalan irda. Irda mungkin boleh mencari bantuan profesional seperti kaunselor, meminta nasihat orang tua, atau membaca Panduan Seni Selamatkan Cinta. Tetapi Irda mungkin sudah mencapai tahap di mana Irda berfikir bahawa inilah masanya untuk ‘move on’ dan ketika ini Irda hanya ada dua pilihan :
Terus bersama atau tinggalkan dia?????
Irda sedar Irda tidak selesa/sepakat/sehaluan dengannya . Irda harus menyukai dia sebagai mana Irda mencintainya. Memang cinta adalah segalanya, tapi cinta sahaja tidak cukup sebagai alasan untuk Irda terus bersamanya. Irda mesti berasa selesa dan berasa Irda sebahagian daripada dirinya. Cinta tanpa kesefahaman tidak akan dapat membantu Irda jika Irda menghadapi masalah dengannya. Irda akan berasa lebih bahagia bersama orang yang Irda cinta dan selesa untuk hidup bersamanya.
Irda mempunyai destinasi berbeza. Irda percaya bahawa setiap situasi ada pengajarannya. Begitu juga Irda dalam hubungan sekarang ini. Irda sudah dapat pengajarannya. Sudah tiba untuk irda meneruskan perjalanan Irda. Apabila sebelah pihak di dalam sebuah hubungan sudah berubah dan mempunyai haluan berbeza dari segi kehidupan dan matlamatnya, maka hubungan itu sudah tidak boleh memberi Irda keperluan emosi yang Irda perlukan. Move on.
Cinta memang boleh membunuh. Cinta boleh membuat kita hidup dalam kesedihan. Namun, kita berhak untuk menerima kebahagian dari orang yang betul-betul menyayangi diri kita seadanya.
apa sudah jadi madani!?
-
*SUAMI MATI KERANA MEMPERJUANGKAN KEDAULATAN NEGARA!?*
*WALAUPUN SUAMI BERJASA, *
*UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG*!?
*BELUM ADA PINPINAN SABAH YANG ...
2 days ago
6 comments:
cayunkk....
adussshhhhh....jemari nak akta pa ek...sedeynya...jemari faham,jemari pernah mengalami nya...
tapi cayunk,plzzzzzzzzz....dont be give-up..
nanti kita borak kat ym ekk
hye. hurm, mmg ssh kan?
tapi..cuba utk berfikiran positif ya,
terima kenyataan, berfikir, luahkannya dan fikir akan hidup anda.
terima kasih
:]
bcinta..
da lumrah mcm tu kan dear..
harapkan panas hingga kepetang..
tapi...
yup.. cinta mematangkan kita jugak
setiap ape yang berlaku ada hikmah nya dik..
bersikap beranilah dengan ape jua keputusan yang awak buat.
padamkan penyesalan didalam kamus idupmu....
pasti idup lebih bermakna..
sis?? wut happeNed terjadik Neh??
selaeN cheNta...commuNicatioN poN peNtiNg...
sit dowN N talk...
take care...
jemari :-
Insyallah,irda dapat atasi semua nie dear!
Mr.Shari :-
Irda sentiasa akan berfikiran positif ya!
adriea :-
Betul tue,setiap yg berlaku ada hikmahnya.Kita cuma merancang,tuhan tentukan segalanya.
acchue :-
Insyallah,jika org disana tu masih nak berbincang,insyaallah akak akan usaha,Tp klu dah dtg tanpa diberitahu,pergi begitu sahaja,macam mana nak bincang kan???
iera hrp irda dpt membuat keputusan yg sewajarnya..
tabahkan hati, kuatkan semangat...
Post a Comment