Dalam sujud,Irda mengadu pada Yang Maha Esa hingga beransur-ansur lerai kedukaan yang merantai jiwa.Irda sedar,hidup tidak mati apabila orang yang dicintai pergi jauh dari sisi.Pergi atas kemahuan sendiri pada ketika irda sudah habis daya untuk menahan.
Irda tidak mauhu menjadi "pelarian cinta".Bodoh sahaja menghambakan diri pada sesuatu yang tidak kekal lama.Cintai ALLAH kerana DIA tidak pernah pergi dari sisi.Kehidupan irda tidak terkubur begitu sahaja.Irda menghimpun sisa-sisa harapan.Hidup tidak akan dibiarkan berlalu begitu sahaja.Pengisiannya selepas ini harus lebih bermakna....

No comments:
Post a Comment