Monday, June 8, 2009

Errm....jiwang pagi ini!huhuhu

Tidak pernah terlintas di fikiran irda yang janji setianya akan berubah,Sehabis daya irda memujuk hati,tetapi dia tetap pergi jua.Irda ditinggalkan mengutip serpihan harapan yang sudah berkecai....

Irda bangkit mendepani takdir,bukan serik untuk bercinta lagi, Tetapi salam kasihnya dibiarkan sepi. Namun, kesungguhannya mendambakan cinta,akan terus irda usir jauh buat seketika...

Irda pasrah pada takdir ILahi.Irda menerima hakikat hidup ini bukan semata-mata kerana CINTA....

Irda menarik nafas dalam-dalam,kemudian dilepaskan perlahan-lahan.Ketenangan menjadi milik irda. Namun,sekejab sahaja hati irda dibuai rasa lunak kembali datang dalam fikiran kenangan silam yang penuh luka.Bilah-bilah memori yang cuba dikikis dan dibuang kerana irda tidak mahu ingat dan kenang lagi,Luka dihati ini masih belum sembuh.Masih terasa pedih,seolah-olah baru semalam irda ditinggalkan.Cinta kasih yang dikhianati.Janji setia sehidup semati dinodai.Untuk sekian kalinya,lagu PATAH HATI beralun-alun di hati ini.

Patah hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri
Tak tentu Haluan

Kuharap janjimu
Kuharap janjimu
Bahagia selalu...Sayang
Rupanya patah
Rupanya patah
Di tengahlah jalan.

Perjalanan hidup tak selalu indah.Dalam pahit,irda harus redha dan menerima hakikat bahawa jalan cinta ini sudah terputus di tengah jalan.Sesungguhnya,irda belum menemui penawar luka.Sehingga kedetik ini,hati ini terus bersenandung lagu "Patah Hati".

Kenangan silam cuba diusir jauh-jauh kerana apalah diharap pada mengenang. Lagipun irda dah berikirar, demi maruah dan harga diri,kasih yang putus tak kan ada sambungnya.Ikrar yang terpahat di sanubari irda pada hari dia melepaskan irda dari hatinya.Irda tidak akan mengizinkan dia menyentuh hati ini lagi.

Kalaulah boleh,ingin sahaja ditinggalkan kenangan lalu di atas bangku,tetapi irda sedar yang itu adalah mustahil.Maka kenangan itu terus mengekori langkah kaki irda.Terpaksa dibiarkan kerana hati ini tidak dapat melupakan.Namun,Irda yakin suati hari kenangan itu akan beransur-ansur larut apabila cinta datang sekali lagi,lalu mengetuk pintu hati ini.

Suatu hari yang irda tidak tahu entah bila.....

P/S : Seseorang sanggup menggadaikan apa sahaja atas nama CINTA,sekalipun sedar tindakannya akan menghancurkan hati orang lain



No comments: