Monday, March 23, 2009

Apa Yang Ada Pada Wajahku <--tag by Jemari

Ari ni irda dapat tag dr cik Jemari.Irda letak tajuk tag cik Jemari " Apa Yang Ada Pada Wajahku". Irda tak pasti tag asalnya guanne? Tp irda just follow mcm mana cik Jemari wat yek.

Tag "Apa Yang Ada Pada Wajahku".Cedap je bunyi en3 nie.Yer ler.Tak sumer manusia mempunyai sepasang mata yang cantik,hidung yang mancung,mulut yang seksi,kulit muka yang halus.Tp sebagai manusia,kita harus menerimanya seadanya kan.So,now,let start....




Alhamdulillah...macam Jemari gak,Irda pun bersyukur dikurniakan wajah sebegini.Tak cantik n tak comei pun tak per.Tp irda tau,yang irda sentiasa cantik n comei dimata ibu,ayah dan dear irda.Bak kata org,hasil penyatuan cinta ibu dan ayah,so lahirlah seorang puteri yang diberi nama IRDA.Ramai gak org ckp yang muka irda ni mix ARAB le,mcm muka anak mami la,Tak mcm muka melayu la.Biar apa pun org nak describe irda,yang penting irda tau sapa diri irda sebenarnya.

Dear,u untung tak dpt owg??? <---ayat pasan bagus nie!!!muahahaha



Aset yang paling irda suka,ialah mata.Ntah la tak tau napa irda suka sgt tang mata.Irda memiliki mata yang besar n bulat.Kemudian bulu mata yang panjang n lentik.Ibu irda selalu ckp "uiks,besaqnya mata hang!Bulu mata panjang sgt la!" Ala,ibu irda jeles ler tu kan!! Irda juga memiliki anak mata kaler coklat.Dear irda ckp kaler coklat jernih.Ada ke kaler tue??? Tu yang org igt irda pakai contact lense. Pernah last week irda p interview kat SPA,akak tu nak wat ujian pancaindera.Then dia suh irda keluarkan contact lense.Uiks tergezut la gak.Irda cko mana irda ada pakai contact lense.Dia tak caya ko!Dia siap suh irda pandang depan n angkat mata n goyang2 kan anak mata.Pastu baru dia ckp,sory coz nampak mcm pakai contact lense.Dalam hati irda nyumpah seranah gak akak tue.




Aset seterusnya ialah hidung.Hidung irda mancung la gak.Uikss,mancung ker??Leh ler thn mancung tue <---- ayat pasan lagi neh! Tp kan,bukan nak kata la,all my cousins (cousins belah ibu) sumer hidung mancung2.Syukur sgt2,coz kitaorg sumer dpt hidung mancung la gak.Tp yang tak best,jerawat selalu tumbuh kat hidung nie.Uwaaa....


Irda juga memiliki bibir dan mulut yang tanteq la juga,Hahahaha...Tp byk org ckp,mulut irda kecik.Huhuhu,,,Yer ker?? Tp irda tak kesah ler.Dan irda juga memiliki sebaris gigi yang tersusun rapi.Sib baik tak jarang2 gigi irda yek.Huhuhuhu....Kadang2,irda tak pakai lipstik pun tak per.Coz bibir irda tak gelap.

Kesimpulan dr semua ini,irda bersyukur dengan kurniaan illahi.Ayah irda selalu pesan,rupa n wajah tak cantik tak per,asalkan budi bahasa yang cantik.Betul juga cakap ayah tue.Sebab,kalau budi bahasa cantik,secara automatik kecantikan semulajadi terserlah kat wajah kita kan.Irda pun mcm jemari gak,sedar diri ini siapa. Yang penting biar kita nampak cantik dimata org-org yang kita sayang.Dan irda akan jaga anugerah2 ini sebaik mungkin.Insyallah..

Irda pun nak berkongsi story "Apa Yang Ada Pada Wajahku" ngan kwn2 yang lain.So sila la share story nie yek :-
  • Miszfieza
  • Cik Maeyi
  • As a.k.a ibu Azam
  • Sista Viona & Bro Prebetsabu
  • Achu
  • Fiza
  • Blogger lain klu nak join pun,sila ler!

6 comments:

~ As ~ said...

klau aku buat tag ni kompom mcm org masuk lif tekan sendiri...hahaha..

Unknown said...

ala AS,tak kesah la.Sapa lagi nak tekan lif sendiri kan.klu bukan kita sendiri

♥Miz Fieza♥ said...

hahha fiza dah jawp dah..nak hadiah..

jemarisepi said...

hai Irda..
hihihi...mekasihhh..apa pun jemari bagi 10 markah lulus...hiihii...cukup kan 10 jer..hihi

gnesop said...

idea yang baik...:)

Alya Shaka said...

klu aku buat tag ni mcm ntah apa2...mata sepet hidung sepet...wakka! tp kan....comell jugaaaaaa........larikss!!! (As mmg angkat bakul sendiri....)