Friday, March 6, 2009

break secara profesional!!!!

Citer ni irda cilok kat satu blog.Call him "Ubey" yek.Irda g godek2 blog dia,pastu irda terbaca satu kisah ni.Bg irda best n irda nak sharing ngan uols.
Neway,tq ubey for this story ya..

Single is simple but while carrying such a huge burden, the quote is totally meaningless. Yes. I am a realist. I choose the most radical approach in my integral part of my life. Cruel. Maybe for another 20 years i will tell this story to my children. “Kids, this is how i broke up with your mother” -still hoping


4 Feb 2009
11:57 PM

Her: So, camne kite sekarang?
Him: Entah la. Saya berada dalam situasi paling buruk yang pernah dialami dalam hidup. Sekarang hanya my study, parent, and masa depan sahaja yang sedang bermain dalam otak. Tertekan sangat2 dengan pelbagai dugaan yang menimpa. Honestly, love no more.
Her: But we have been together almost 3 years.
Him: 3 tahun bukan sekejap. Paling kurang dah dapat 2 orang anak.
Her: Haha. Sempat lagi
Him: Saya sudah buat keputusan
Her: Apa?
Him: Saya tidak mahu bercinta lagi.
Her: Mmm
Him: So?
Her: Saya perasan perubahan sikap awak sejak 2-3 minggu lepas. Cuma tak berani nak tegur. Saya Cuma dah agak ini akan berlaku
Him: Tak sedih?
Her: Sejak minggu lepas air mata tak berhenti mengalir.
Him: Tak pernah bagitau pun…
Her: Sebab saya tak nak bebankan awak.
Him: I know you well enough. Untung dapat isteri macam awak.
Her: Haha. Please laa… Sepanjang 3 tahun awak tak pernah serius dalam apa2 hal pun.
Him: Ok2.
Her: Kita break?
Him: For the sake of me
Her: Mungkin ini peluang terbaik untuk kita perbaiki keadaan. Perbetul diri. Kalau dah jodoh tak ke mana juga.
Him: Nak muhasabah diri balik. Saya terpaksa akui sudah hilang rasa ingin bercinta. Sayang tetap sayang tapi bukan lagi cinta.
Her: Menyayangi tidak semestinya memiliki
Him: Cinta tidak semestinya bersatu
Her: Haha. Tiru!
Him: Teman tapi mesra?
Her: Haha. For sure.
Him: Kita tetap kawan tapi tidak macam dulu.
Her: Janji jangan lupakan saya sampai bila2. Kita berpisah dengan cara aman ni.
Him: Janji. Lagipun kita sudah matang dari segi umur. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Ini bukan keputusan berdasarkan emosi semata-mata.
Her: Tu la… At least kita mesti dah tak gaduh2 macam dulu kan. Sms pun dah jarang sejak 2-3 minggu lepas. Seolah-olah awak nak saya biasakan diri dalam situasi ini. Then baru nak minta putus.
Him: Saya tak buat perkara tanpa berfikir panjang. Saya tahu apa yang terbaik untuk awak.
Her: Thanks. Lega hati saya akhirnya..
Him: So lepas ni maybe kita tak SMS dan call sangat macam dulu. Kalau ada masalah apa bagitahulah. Saya janji akan bantu selagi mampu.
Her: Thanks. Harap2 apa yang terjadi dapat mematangkan kita. Sekarang kita guna peluang ini untuk capai cita2. Fokus apa yang perlu diutamakan. Sampai masa nanti Insya Allah kita bertemu semula.
Him: Sekurangnya kita kasi sedikit ruang untuk keluarga, pelajaran, kawan2. Saya dah tak sanggup kecewakan keluarga saya lagi.
Her: Berat hati nak terima kenyataan ini. Tapi saya terpaksa telan.
Him: Berpisah sekejap je. Nanti kalau takde aral melintang saya hantar rombongan meminang
Her: I will be waiting for you. I swear
Him: Hehe. Nak keluar gi kedai mamak lepas ni dengan member.
Her: Eh.. Jangan la. Sembang la lagi.
Him: Mmm?
Her: Hahaha. Still macam dulu. Selalu mengarah-arah awak. Sori2. Pergi la.
Him: Haha. Orait.
Her: So, camne kite sekarang?
Him: Tepat pukul 12:06 am, 5 Februari 2009. Tamat sudah episode cinta sepanjang 2 tahun 11 bulan. Kita putus sekarang. Saya letak dulu. Nak gerak dah ni. Salam.
Her: Salam

Perbualan yang sekaligus meleraikan ikatan tidak sah selama 3 tahun. Masing2 gembira umpama meraikan suatu perayaan. Tanpa pertelingkahan emosi, tidak perlu menaikkan suara, tiada tangisan. Masing2 hipokrit. Masing2 bertindak sebagai pihak yang memahami satu sama laim, menyokong apa jua keputusan yang dibuat. Sedu sedan suara kedengaran sebelum meletak panggilan. Hampir 10 minit masing2 terpaksa mengawal perasaan. Kononnya merestui perpisahan yang tidak pernah diluahkan sepanjang bercinta tetapi adakah begitu mudah? Langsung tidak wujud unsur benci atau kehadiran orang ketiga, tiba2 ditakdirkan untuk tidak bersama? Satu keputusan nekad ego seorang lelaki dan diiringi keteguhan naluri seorang wanita. Gajah sama gajah berperang, kancil mati di tengah2. Kedua belah pihak berjuang, cinta dikorbankan. Sesekali aku termenung sendirian; adakah ini keputusan yang tepat?

Cinta tidak semestinya menjamin masa depan bahagia. Berapa banyak manusia yang silih menukar ganti pasangan, dirasuk gelora cinta kemudian lemas di tengah jalan. Ramai juga yang bahagia kemudian bersatu di alam perkahwinan. Aku tidak berani bermain dengan kebarangkalian kerana aku bukan pemain Black Jack yang hebat. Tetapi inilah risiko yang terpaksa aku terima. Berpisah kerana sayang, berkorban kerana kasih. Bibit lagu Que Sera Sera nyanyian Doris Day memberi sedikit erti apa itu harapan.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future’s not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

p/s : Tapi kan,irda rasa ini kisah hidup "ubey" la...Tak kisah ler kisah hidup sapa,yang Irda nak bgtau,irda respect cara "him" n "her" break.So profesional kan??Sesunggunya cinta tak semestinya bersatu.Klu ada jodoh,tak kemana juga kan!!!

3 comments:

Iera said...

tak semua psgan yg hdk berpisah tu perlu bermasam muka dan bertegang urat. ada juga yg sampai sekrg still berkwn. tmbh pulak kalau ada anak...

Admin said...

kah3. sy single

Aurelia.. said...

uik? cam separuh dari kisah saya jer :(

-mungkin the ending of the story will be the same.. errr..