Pepohan bahagia merimbun indah,
kerana bajanya adalah kasih sayang…
Tiada lalang yang memintas,
mungkin melihat keakraban buah dan bunga
menjadikan ia takut mendekati….
Ku singkap masa silam
lembaran demi lembaran aku buka…
Membuatkan aku resah sendiri…
Bayangan rindu itu kembali hadir deras
mengalir bagaikan hujan yang turun…
Hilang seketika epilog bahagia…
Ku singkap lagi kedasar hati,
apa yang aku temui
bukan jua penawar kepada sebuah kerinduan,
yang ada hanyalah cebisan kenangan
yang tak mungkin luput dek ingatan…
Kerana masa lalu telah mengajar
aku erti kedewasaaan…
2 comments:
http://umihassan.blogspot.com/2009/03/tutorial-utk-buat-signature-hasil.html
cheqqqq pi buat signature cepat! caayyanggg hangg! muaaaxxxxxhhh!!!
puitisss sungguuhhh kawan aku nehh
Post a Comment