Monday, September 8, 2008

Those weren’t tears, it was dust in my eyes!


Berfikir, berfikir dan berfikir mungkin itu yang di kehendaki apa bila kita semakin meningkat matang.. Pengalaman mengajar kita, apa yg berlaku pada diri dan sekitar juga mengajar kita erti kehidupan. Sering kali kita di datangi dengan pilihan, ada kala kita silap dan ada kala kita betul dalam membuat pilihan. Tetapi kematangan mengajar kesilapan membuat pilihan bukan bermakna kesilapan dalam kehidupan kerana ia juga mengajar erti sebuah kehidupan. Tetapi apa bila kita perlu buat sesuatu keputusan yang agak hebat, ia memang mencabar kematangan dan kekentalan jiwa. Tetapi pasti ada cara dan jalan untuknya.. Seperti ayat motivasi org jawa tengah "There's always means and ways.... "

Tekanan yg di hadapai mungkin berat bagi diri ini.. Tetapi fikir lah sejenak wahai diri ini, bertapa ramai lagi manusia di muka bumi ini mempunyai tekanan jauh lebih kuat dari diri mu itu.. Ingat pesan ibunda, jiwa kena kental.. hati kena kuat... akal kena panjang... otak kena ligat berfikir... semangat kena setiasa membara.. Jangan biarkan diri lemas dalam kelunturan semangat. Kita lahir dalam perjuangan.. Kenapa perlu lemah? Mungkin itu kelemahan yang ada dlm diri ini yang perlu di perbaiki.. Manusia tidak akan pernah sempurna... Pandang dan lihat diri sendiri, apa yg ada pada diri usahakan.. Sering berkata pada diri, kenapa aku lemah dan seolah tidak tahu apa-apa? Begitu juga dengan dunia tuhan ini yang banyak skali yang perlu di lalui dan di pelaari... Hidup ini singkat, tetapi waktu singkat ini bukanlah seketika ia berabad-abad lamanya...
Kepada diri sendiri, pasti ada jalan untuk mengurai segala yang terpendam di lubuk hati itu.. Selagi mana kita sedar niat suci dan murni itu, pasti ada jalan untuk nya... Jgn lemah, kena kuat dan lebih kuat... Merenung mata-mata mereka, buat hati ini membara kembali... Aku perlu buat untuk kebaikan masa hadapan.... Sudah nekad usaha jgn penah henti.. pasti ada jalan untuk diri ini... Syukur pada yang Esa atas kurniaan selama ni yang cukup-cukup hebat.. Insyallah diri ini lebih kuat dan kuat..
*Doakan segalanya seperti yang di rencana*

No comments: