Thursday, July 17, 2008

Ayah tak sihat lagi

Semalam ayah mengadu dia sakit balik perut.Irda minta dia teruskan makan ubat hospital dan tengok macam mana dalam 2 hari nie.Kalau still tak ada perubahan,irda akan bawa ayah g hospital.Malam tadi,muka ayah pucat sangat.Ayah pening dengan tiba2.Ibu jadi susah hati.Ibu bagi ayah makan ubat.Selepas beberapa minit,ayah stabil tp wajahnya still pucat,tangan dan kaki sejuk je.

Irda sediakan makan malam untuk ayah.Ayah makan dlm bilik je.Tp takkan kitaorg nak tinggalkan ayah sorang2 dlm bilik,lantas ibu suruh bawakan semua hidangan makan malam masuk dalam bilik.So,kitaorg makan bersama2 ayah dalam bilik.Rasa macam dalam hotel la plak.Tp ayah tak lalu makan,adik irda paksa ayah utk makan juga.

Selepas semua selesai,irda,adik,ayah n ibu lepak je dalam bilik and sembang2.Ayah pun dah ok skit.Kitaorg berborak panjang.Ayah tanya perkembangan irda n adik.Selepas tu,kitaorg berbincang pasal vacation bulan ni.(ishh ayah ni,time sakit2 pun dok pk pasal vacation).Kemudian irda nyakat adik.Ayah n ibu perhati je gelagat kami dua-beradik.
Irda hope ayah cepat sembuh dan sihat seperti sediakala..

XOXO
irda

No comments: