Thursday, July 17, 2008

Sebuah kehidupan

CINTA :(sebelum kahwin)

C=cubit kiri,kanan rasa.
I =impian indah ibarat syurga.
N=nikah impian utama.
T=taat setia membawa bahagia
A=awal dan akhir bersama-sama

(selepas kahwin)

C=cuka yang dituang pada luka
I =iblis yang merosak minda
N=nafsu semata-mata
T=tuba yang dibalas semula
A=api dalam neraka.

KASIH :(sebelum kahwin)

K=kongsi semua suka duka
A=abang adik,ayang anja.
S=sumpah janji di bibir sentiasa
I =istana bahagia dah dicipta
H=hatiku hatimu jua.

(selepas kahwin)

K=kaki tangan naik kat kepala
A=abuk pun tara,nak makan apa??
S=simpati langsung tak ada
I =ironi membakar jiwa
H=hidup mati sama ja

SAYANG :(sebelum kahwin)

S=sikit2 SORRY,sikit2 SORRY,mengada!!
A=asal lapang mesti nak jumpa.
Y=you lap me,i lap u!!!
A=apa saja sanggup diduga
N=nak itu...nak ini...mesti dapat!
G=gula-gula, coklat, teddy bear...hadiah utama

(selepas kahwin)

S=salah sikit jer kiamat dunia.
A=air tak sedap, basahlah mata.
Y=yang betul dia jer...
A=ada takde, bagi anak reti la
N=nak dilawan, digelar derhaka
G=gaduh sampai lebam

HATI :(sebelum kahwin)

H=hanya dikau yang daku cinta
A=air paip pun manis macam gula
T=tak jumpa sehari boleh jadi gila
I =igauan indah tak terkira

(selepas kahwin)

H=hantu jembalang lagi sempurna
A=air mata jadi teman setia
T=tempat mengadu dah tak ada
I =ikut hati mati, ikut rasa binasa...nak wat camna??

tetapi yang seharusnya ialah.....

C-Cinta sebelum berkahwin, biar sederhana, tak melanggar batas agama
I -Impian rumahtangga dirancangkan bersama (bukan praktikal sebelum nikah)
N-Nikah didahulukan pembuka gerbang kebahagiaan
T-Timang cahaya mata sebagai pengikat kasih sayang
A-Amalkan perintah Tuhan, Insya Allah bahagia membawa ke syurga.

K-Kasih berputik dikala pertunangan diikat
A-Akad dilafaz cinta berbunga
S-Suami disanjung tinggi
I -Isteri disayangi
H-Harumlah kasih sepanjang zaman

S-Sayangkan isteri kasihkan suami
A-Ada masalah, dibincangkan bersama
Y-Yang ringan sama dijinjing, berat sama dipikul
A-Amalkan hidup bertoleransi
N-Nak kekalkan bahagia, itu usaha bersama
G-Gaduh sesekali tu perkara biasa

H-Hati suami mesti
A-Apatah lagi hati isteri yang mudah tersentuh
T-Tanggungjawab dipikul bersama
I -Isteri tak makan hati, suami pun tak cari ganti

No comments: