Lewat bicara ini, hati irda dilanda seribu satu macam kesedihan, kepiluan oleh kerana Irda terlalu merindui awk. Walaupun jauh,namun irda yakin dengan kesetiaan awk. Setiap saat irda merindui awk semakin lama dan lambat masanya untuk bertemu. Bayangan wajah awk sentiasa hadir disisi irda dan suara bicara awk sentiasa membisikkan kata-kata rindu pada telinga irda.
Saat-saat bersama awk adalah antara waktu-waktu yang terindah dalam hidup irda. Bertemu dengan awk tidak pernah ada jemu malah irda tetap merindui awk walaupun saat itu diri awk berada dihadapan dan disisi irda. Rindu irda tidak pernah padam walau disirami lebat hujan. Kasih irda tidak pernah goyah walau ditiup ribut taufan melanda. Dan cinta irda tidak pernah karam walau dipukul ombak dan badai..
Sesungguhnya berjauhan ini mengajar kita erti rindu. Betapa seksanya rindu namun ia tetap jua manis akhirnya tatkala kita bertemu untuk menebus segalanya. Pada saat itu irda rasakan bahawa irdalah orang yang paling bahagia kerana memiliki kasih dan cinta awk. Rindu ini mengajar kita erti setia pada sang kekasih yang dikejauhan. Walau tiada dimata, namun ia tetap kukuh dan teguh di hati. Kerana separuh daripada jiwa dan hati irda telah dibawa pergi bersama awk...
Tiada kata yang selayaknya untuk irda gambarkan perasaan ini pabila awk begitu menyanyangi dan mencintai diri irda.Irda yakin dengan cinta awk, maka irda relakannya perpisahan sementara (awk di shah alam,irda di penang) cuma ini dengan sebuah janji yang telah dimeterai dihati bahawa kita pasti akan ketemu lagi.
Dikala ini, janganlah diri awk sangsi pada cinta irda, janganlah diri awk was-was dengan kasih irda dan janganlah diri awk curigai rindu irda kerana tanpa kasih irda derita, tanpa rindu irda merana dan kerana cinta irda mati.....
apa sudah jadi madani!?
-
*SUAMI MATI KERANA MEMPERJUANGKAN KEDAULATAN NEGARA!?*
*WALAUPUN SUAMI BERJASA, *
*UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG*!?
*BELUM ADA PINPINAN SABAH YANG ...
2 days ago
1 comment:
cerita lama...dah tutup dah buku ni.....
Post a Comment