Hidup ini adalah mudah!
Menjalani kehidupan ini adalah sesuatu yang mudah. Cuma manusia sahaja yang merumitkannya!Kita sudah tidak tahu untuk berfikir secara mudah!
Kita sudah terperangkap dengan cara pemikiran dan sudut pandangan yang rumit. Kita sudah terpedaya dengan pelbagai ideologi yang rumit lagi merumitkan fikiran dan membebankan!Sebab itu, kita menjadi rumit!
Sebab itu hidup kita menjadi rumit!Yang akhirnya cuma tinggal memikul beban pemikiran didalam kehidupan kerana kebodohan diri kita sendiri. Kebodohan kerana tidak tahu berfikir secara mudah dan simple. Kebodohan kerana tidak tahu hidup dengan mudah dan simple!
Kebodohan kerana tidak mempunyai ideologi hidup yang mudah lagi simple!
Hidup ini penuh dengan propaganda!
Kita sudah terlalu terpengaruh dan dipenuhi dengan percampuran dengan ramai manusia-manusia yang rumit yang memperopangandakan idea-idea hidup yang rumit!
Ada yang terlalu berfikir untuk berjaya didalam hidupnya!
Ada yang terlalu berfikir untuk menjadi kaya-raya dan hidup mewah didalam hidup ini.
Ada yang terlalu berfikir untuk mencapai sesuatu kejayaan didalam hidup mereka.
Macam-macam propaganda!Macam-macam idea tentang kehidupan!
Macam=macam saranan dan cadangan..!
Masing-masing telah bekerja keras dan berfikir bersungguh sehingga menjadi rumit dan kusut!
Berfikir....
terus berfikir...fikir...fikir...
sehingga kepenatan dan menjadi rumit!
Berusaha...terus berusaha....usaha...usaha....
sehingga keletihan dan menjadi stress!
Ini semua kerana faktor keadaan sekeliling yang penuh dengan orang2 yang rumit lagi bodoh!Bodoh kerana tidak tahu tentang ideologi kehidupan yang mudah lagi simple!
Bodoh tentang betapa mudahnya kehidupan ini!
Bodoh kerana terlalu mengikutkan hawa-nafsu kedunian!
Bodoh kerana tidak sedar bahawa kematian itu pasti tiba tidak kira sesiapa dan pada bila-bila masa sahaja!
Irda kata sekali lagi bahawa hidup ini adalah mudah!
Kerana kita mempunyai ideologi hidup yang mudah lagi simple!
Ideologi kita ialah ....
hidup ini cuma untuk beribadat kepada Tuhan kita dan berbuat baik kepada sesama manusia!Menyembah Tuhan dan berbuat baik kepada manusia itu adalah sesuatu yang mudah dan simple!
Kita tidak memerlukan kekayaan dan kemewahan hidup untuk menyembah Tuhan kita!
Kita tidak memerlukan banyak kepandaian untuk meneruskan hidup buat menyembah Tuhan kita!
Kita tidak memerlukan gaya hidup mewah atau jawatan-jawatan tinggi untuk menyembah Tuhan kita!
Yang kita perlukan ialah sekeping hati yang jujur lagi ikhlas didalam hidup ini buat menyembah Tuhan kita!
Itulah lah dia satu ideologi hidup yang amat mudah lagi simple yang sesuai untuk semua manusia didunia ini yang berakal waras!
Ideologi yang amat mudah lagi simple..!
Ideologi hidup menyembah Tuhan dan berbuat baik sesama manusia!
Dan kita tidak memerlukan ideologi-ideologi lain yang merumitkan kepala yang penuh dikuasai oleh hawa-nafsu yang membebankan diri kita dan kehidupan kita
apa sudah jadi madani!?
-
*SUAMI MATI KERANA MEMPERJUANGKAN KEDAULATAN NEGARA!?*
*WALAUPUN SUAMI BERJASA, *
*UNDANG-UNDANG TETAP UNDANG-UNDANG*!?
*BELUM ADA PINPINAN SABAH YANG ...
2 days ago
No comments:
Post a Comment