Saturday, November 1, 2008

Suwit!!!

pernah dengar bunyi ni?

"suwiiitt!" (mulut dimuncungkan macam nak cium orang)

Irda tak tau macam mana nak terjemahkan bunyi ni dalam bentuk perkataan. Ala, bunyi yang selalu korang dengar kalau lepak kat kedai mamak. Mesti korang dengar bunyi tu time nak suruh amik order dengan masa nak bayar. Korang pahamkan la sendiri bunyi tu eh.

Tapi Irda tak berapa gemar la dengan bunyi tu. Agak kurang sopan. mungkin sopan bagi seseorang yang tidak berpendidikan. Tapi macam mana pulak kalau yang buat tu bebudak universiti? Dahlah ada degree, hensem,segak,lawa pulak tu.

Lepak kat kopitiam berjenama. Tapi perangai, alahai. Dia nampak pelayan tu macam kuli batak dia la gamaknya. Boleh panggil dengan apa je panggilan yang dia suka. Ini mesti kes selalu "tuang" kelas dinamika kemahiran masa zaman kolej dulu.

Tak perlu masuk kelas untuk jadi sopan. Parents sendiri pun boleh ajar. Suka sangat buat bunyi mulut muncung tu, kena daulat si pelayan tadi.

Gaya dah first class, tapi pembawaan diri kena gilap lagi. Baru pasangan tak lari. tapi, panggilan apa paling sesuai untuk mamak?

mamak!
macha!
anne!
bhai!
excuse me!
sivaji!

konpem mamak-mamak tu semua lari berebut nak amik order korang.

HAHAHAHA!!!!

No comments: