Thursday, July 17, 2008

Rindu padanya

Zahari,

Pada saat dan ketika irda catatkan bicara hati ini, ketahuilah olehmu bahawa irda dalam keadaan nazak rindu padamu. Sejak irda bersama awk, irda sentiasa diselubungi bahagia walaupun kerinduannya datang menerjah tembok kesabaran hati. Sungguh irda katakan bahawa cinta awk buat irda rasa disayangi. Walau irda tidak pasti bagaimana kesudahan kisah cinta kita, namun irda sentiasa berdoa agar kesudahannya dapat membahagiakan kita dunia dan akhirat. Kita telah bina dasar cinta kita atas asas perjuangan di jalan Allah. Pertemuan yang ditakdirkan tuhan telah membuahkan rasa cinta dan kasih yang kukuh di hati.

Zahari,

Terlalu berat untuk irda lepaskan dirimu untuk berjauhan dari irda. Bagaimanakah akan irda hadapinya sedangkan rindu ini tidak pernah kurang apatah lagi padam walaupun diri awk berada di hadapan mata irda, di sisi irda.

Zahari,

Setiap detik waktu yang bersisa, wajah awk sentiasa hadir dan berbicara dengan irda. Walaupun hanya sanubari dan jiwa irda yang dapat melihat wajah awk, namun irda tetap rasakan kemanisan itu. Awak,Tiada satu pun perumpamaan yang dapat irda ungkapkan bagi menggambarkan bagaimana perasaan irda pada saat ini. Hanya orang yang merindui sahaja yang dapat mengerti betapa merananya irda apabila bunga rindu berputik di tangkai kasih ini.

Zahari,

Irda sentiasa berharap, tembok kesabaran irda tetap kukuh.Irda berdoa agar ia tidak akan goyah dilanda ombak rindu. Pada pertemuan yang akan kita ciptakan nanti, ingin sekali irda menatap wajah awk, mendengar bicara awk yang bisa menenangkan jiwa irda yang kelemasan ini. Semoga tuhan akan memberkati harapan kita ini.

Sayang..........irda merinduimu.............

1 comment:

Unknown said...

citer lama..mls nak pk lagi...