Thursday, October 30, 2008

Ayat-Ayat Cinta sebuah novel pembangun jiwa




Penulis : Habiburrahman El Shirazy, penulis muda lulusan Sarjana Al-Azhar
Harga : RM 22.90
Pemenang Pena Award Novel Terpuji Nasional 2005 (Indonesia)
Pemenang Anugerah Penghargaan The Most Favourite Book 2005

Pertama kali berkenalan dengannya adalah melalui penulisan Dayah. Namun begitu, Irda fikir Ayat-ayat Cinta adalah novel biasa yang mengutarakan konflik-konflik jiwa dunia percintaan antara teruna dan dara. Irda sememangnya sudah lama meninggalkan novel-novel berunsur cinta kerana bagi Irda persoalan dan konflik yang ditimbulkan dari satu novel ke novel yang lain lebih kurang sama sahaja tiada banyak bezanya. Hasrat Irda untuk mencari Ayat-Ayat Cinta di kedai buku Irda batalkan. Kemudian Irda membaca ringkasan dr kawan Irda mengenai cerita dan novel ini.Kemudian, Irda ada menerima email dari kawan-kawan sepejabat di KL yang turut menceritakan perihal novel yang sama. Dalam hati Irda..tidak boleh jadi, Irda mesti cari untuk mengetahui keunikkannya. Masa senggang Irda Irda habiskan dengan projek khas bersama bonda menonton filem dan membaca novelnya "Ayat-ayat Cinta".

Ayat-ayat Cinta sebuah kisah cinta yang unik yang diungkai penuh Islamik. Ia tidak terikat dengan kisah cinta teruna dan dara sahaja. Ia lebih bersifat universal meliputi cinta hamba kepada Penciptanya dan Rasulnya, cinta persaudaraan sesama Muslim dan cinta kepada budaya bangsa. Selain dari itu ia merungkai sifat-sifat Rasulullah yang perlu ada dalam jiwa seorang Muslim ketika menghadapi ujian-ujian Allah. Ia juga dilengkapkan dengan petikan ayat-ayat suci Al-Quran, Al-Hadith, sajak-sajak motivasi diri dan diserikan lagi dengan ilmu-ilmu dunia seperti dunia perubatan, perundangan dan psikologi yang menjadikan Ayat-ayat Cinta amat berkesan bagi yang menghayatinya.

Ringkasnya ia sebuah kisah penuh simbolik antara 3 watak utama yang berlatar belakangkan suasana kehidupan di Cairo. Fahri, graduan Al-Azhar berpekerti mulia berasal dari desa terpencil di Indonesia. Aisha seorang muslimah berdarah campuran Turki dan Palestin dan membesar di Jerman. Maria seorang penganut setia Kristian koptik tetapi banyak mengamalkan budaya Islam dalam hidupnya serta menghafal Surah Maryam dengan baik.

Siapa yang berminat, bolehlah beli. Mau pinjam?. Jangan haraplah. Kalau nak juga.. sewa bolehlah hehe.

"...ternyata ia sebuah novel yang sangat memujuk dan menghiburkan," A. Samad Said.

=============================================================

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi…
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua...kan baik baik saja

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah…
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

- Ahmad Dhani Dewa -








No comments: