Wednesday, October 22, 2008

SAYA TAK MAHU JADI DEWASA

Dulu, Irda nak cepat-cepat jadi dewasa.

Boleh pakai kasut tumit tinggi.

Boleh melaram, mekap-mekap muka.

Boleh cepat kerja, sebab org slalu tanya apa cita-cita

Boleh pegi mana-mana Irda suka

Boleh bercinta....

Boleh balik rumah lewat malam

Banyak bende lah boleh buat kalau dah besar ni

Lama-lama, baru Irda perasan.


Irda dah tak bace komik doraemon, tapi magazine CLEO

Irda dah tak main masak-masak tapi mmg masak betul-betul

Irda dah lame dapat kunci 21

Irda dah boleh mengundi.

Kahwin pun boleh, kalau Irda nak.

Irda ingatkan best jadi dewasa ni.

Irda boleh buat decision sendiri,

Irda bukan budak hingusan lagi tp mahasiswi universiti.

Kalau pegi theme park, semua rides Irda boleh naik, tiada halangan umur atau tinggi

Dulu Irda buat karangan “Saya Seekor Nyamok” tapi skrang pasal forensic evidence in courts of law.(example la)

Dulu Irda mintak ayah beli computer sebab nak main games, tp skarang irda beli computer utk buat assignments dan macam-macam...


fantasi n realiti

Rupa-rupannya...
Jadi dewasa ni...
Kena matang.
Kena professional.
Banyak tanggungjawab.
Banyak masalah, lg byk dari masa remaja dulu.
Banyak hal nak kene tulis n setel.
Banyak pakai duit.
Tak boleh emo tak bertempat.
Kena cari makan sendiri
Kena buat keputusan,keputusan,keputusan
Kena kawan dengan semua org, biarpun tak sama interest dengan kita
Kena berpada-pada kawan ngan kaum adam (perbezaan kaum ni besar maknanya.)
And banyak lagi la kena,kena,kena,kena,kena dan kena..

No comments: