skip to main |
skip to sidebar
Memang ramai yang inginkan bercinta. Pada masa Irda muda-muda dulu (macam sekarang ni dah tua pulak ye?), Irda takde la nak fikirkan sangat mengenai cinta ini. Ala…masa dulu tu lebih suka berjumpa-jumpa dengan kawan-kawan. Tak terfikir lagi untuk terikat dan memikul tanggungjawab ni. Dan sekarang ini, bila sudah bercinta, Irda kenalah bertanggungjawab dengan cinta Irda ini, Mr Ucop la… Siapa lagi kan… Kenapa cinta adalah satu tanggungjawab? Bagi Irda, sudah pastilah cinta merupakan satu tanggungjawab bagi kita sekiranya kita bersetuju untuk menerima cinta itu. Sama la juga dengan perkahwinan. Apabila kita bersetuju untuk berkahwin, kita kenalah bertanggungjawab sebagai seorang suami atau sebagai seorang isteri.Dalam konteks cinta ini pula, sudah semestinya tanggungjawab itu ada. Kita mestilah memberikan kasih sayang kita pada buah hati kita itu. Kata, ingin bercinta kan? Jadi, kenalah bertanggungjawab dalam memberikan kasih sayang. Takkan la lepas kata setuju bercinta atau berkapel, then kita boleh tinggalkan sebegitu sahaja?Selain daripada memberikan kasih sayang, kita juga bertanggungjawab dalam meluangkan masa bersama-sama dengan kekasih kita itu.Kalau yang bagi lelaki yang tidak suka bershopping tetapi si kekasih ini suka bershopping, kita kenalah ikut. Teman dia pergi shopping.Kalau dah penat tu cari la mana-mana kerusi dekat kedai tu dan duduklah berehat sementara si gadis kita ini membelek-belek kasut atau baju di kedai tersebut. Kalau beli takpe la jugak kan? Ini tidak, asyik membelek-belek dan mencuba-cuba sahaj. Hehehe. Tapi, diingatkan, pastikan si dia dalam lingkungan radar kita. Nanti hilang kang, jenuh pulak kita nak mencari. Kan susah tu?Untuk gadis pula, kenalah faham tanggungjawab diri. Kalau si jejaka sibuk dengan tugasan harian, janganlah nak ditambahkan lagi bebanan itu. Kita kena ada tanggungjawab dalam memahami perasaan pasangan kita. Kita kena tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka. Kita juga haruslah membantu si dia jika dia perlukan sokongan kita. Berikan kata-kata semangat dan motivasi supaya si dia rasa dihargai.Sebagai kesimpulan, sekiranya anda ingin bercinta, anda haruslah bersedia untuk memikul tanggungjawab. Bagi pendapat Irda, bercinta merupakan satu cara untuk kita belajar dalam memikul tanggungjawab sebelum kita dapat bergelar sebagai suami isteri. Kerana, sudah pasti memikul tanggungjawab sebagai suami isteri lebih berat daripada dengan bercinta sahaja.Pesanan ini buat sumer rakan-rakan irda termasuk lah untuk diri irda juga...XOXO chenta kamu!!
No comments:
Post a Comment