Monday, October 27, 2008

Mencintai Mekah,Merindui Madinah

Nukilan Ini Hasil Pengalaman Saya Ketika Mengerjakan Umrah Suatu Ketika .
SubahanaAllah..Maha suci Allah..
Irda telah diberi kesempatan oleh Allah utk mengerjakan UMRAH pada MAY yang lepas..Irda pergi bersama famili Irda.Di sana, dirasakan diri ini terlalu kerdil dalam bersama-sama beribu lagi jemaah..MasyaAllah..hati ini telalu rindu untuk menjadi tetamuMu lagi..ziarah ke Baitullah,Masjid Nabawi,masjid-masjid di sekitar madinah,bukit jabal rahamah,hudaibiah, bukit thur,bukit nur, maqam para syuhadah,laut merah dan pelbagai lagi tempat yang diziarahi yang pasti akan memberi kesan yang mendalam dalam jiwa sebagai seorang islam.Semoga Irda diberi banyak kali lagi peluang untuk ke sana..
"Ya Allah, hanya kau sahaja yang mengetahui betapa aku teramat rindu untuk menjadi tetamuMu, Ya Allah.Berikan aku banyak kali lagi kesempatan ke sana,Ya Allah..."
Amin...



Ku tanam cinta hakiki
Tumbuh subur dalam diri
Sejak ku jejakkan kaki
Ku atur langkah di bumi suci
Saat terpandang Kaabah
Syahdu tersergam megah
Sebak bagai dipegang hati
sukar dimengerti.....
Tegak di saf Masjidil haram
Solat antara jutaan insan
lemas di banjiran airmata
menyesali segala dosa
Alpa hari semalam



Ku semai rindu bercambah
Kembang mekar saban waktu
Saat ku hirup bayu Madinah
Kota kecintaan Rasulullah
Berdiri memandang Nabawi
Megah dan sayu bercampur-baur
Tenang saujana mata memandang
Damai bertamu di dasar kalbu
Duduk bersimpuh di sempit Raudah
Dalam rebutan insan berpusu
Menghayati dan menginsafi sirah
Makin kuat kasih padamu
makin ku kenal erti rindu.




Dear,Hope one day we can go together ya!!!

No comments: