Wednesday, October 15, 2008

Cinta bukan mainan yea....


Pernah suatu masa dahulu, ketika Irda sedang berjalan-jalan dengan my bestie julie, Irda ternampak beberapa orang budak dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun duduk berlepak-lepak di shopping complex. Kecil-kecil je badan mereka. Yang menjadi peliknya, mereka-mereka ini bukan saja berkumpul tetapi berkepit mengalahkan orang dah berkahwin.

Memang semua orang ingin bercinta. Lagi-lagi ketika usia sudah meningkat ke alam remaja, perasaan cinta itu mula membuak-buak. Ramai yang mengatakan cinta ketika di alam persekolahan merupakan cinta monyet.Irda tak pasti la kenapa tetapi dari apa yang Irda tahu, cinta monyet ini adalah cinta yang hanya berdasarkan suka semata-mata dan bukannya disebabkan kasih sayang dan perasaan cinta yang mendalam yang tujuannya untuk mendirikan rumah tangga.

Cinta bukan mainan ye adik-adik? (Macam dah tua pulak Irda ni kan panggil adik-adik ni…). Tetapi cinta itu merupakan suatu perkara yang unik dan teramat rapuh dan mudah pecah. Sekiranya cinta ini dibuat main-main, sudah pasti cinta itu akan retak lalu pecah disebabkan perasaan yang tidak serius dalam bercinta. Cinta perlukan pengorbanan dan tanggungjawab. Ingat tu…



Jadi…sekiranya adik-adik yang ingin bercinta itu, cuba fikirkan sedalam-dalamnya. Adakah adik-adik cinta pada seseorang itu hanya untuk suka-suka atau memang benar-benar sayang dan ingin hidup bersama dengan si dia hingga ke akhir hayat. Cuba minta pendapat rakan-rakan adik yang lain dan bertanya pada diri sendiri adakah adik-adik bersedia untuk bercinta.



Fikir-fikirkanlah masa depan adik-adik. Bercinta memang best. Memang menarik. Tetapi adakah adik-adik benar-benar mencintai si dia? Benarkah si dia betul-betul mencintai adik? Bolehkah adik-adik dapat membahagikan masa untuk bercinta dan untuk berlajar? Semuanya bergantung pada diri adik-adik untuk menilainya.



Tetapi bagi Irda, bercintalah ketika adik-adik benar-benar bersedia. Dan kalau boleh, cuba elakkan dari bercinta ketika masih di alam persekolahan. Sudah banyak yang Irda dengar couple-couple muda putus hubungan ketika masih bersekolah.



So,pilih la masa sesuai untuk bercinta.Jika masih di alam persekolahan,bercintalah dengan pelajaran dahulu.....Itu yang paling penting dan dapat menjamin kejayaan adik2 nanti...

No comments: